Skip to main content

Aminul Syafiq (25)

Jam di pergelangan dipandang sekilas. Cara duduknya berubah,  daripada menyandar kemudian duduk tegak. Sesekali anak matanya dilarikan ke muka pintu restoran. Hampa.
"Ish,  aku sepak juga si Sahak ni!  Janji pukul 2 tapi sudah setengah jam tak nampak batang hidung mancung dia tu!" omel Fauzan sendiri. Dia paling tidak suka menunggu terlalu lama. Tidak mahu merosakkan emosinya,  dia mencapai telefon pintar. Fail 'Galeri' ditekan. Terpapar berpuluh-puluh keping gambar pada skrin telefonnya. Digerakkan jari telunjuk di atas permukaan skrin,  mencari-cari sekeping gambar untuk meredakan kemarahannya,  pada masa yang sama melepaskan rasa rindu yang singgah dalam hatinya.
Pergerakkan jarinya terhenti apabila tiba pada sekeping gambar. Ditekan sekali lagi dan gambar itu memenuhi skrin telefonnya.  Secarik senyuman terukir di bibirnya.
Gambar dia dan Damia yang diambil semasa di kenduri kahwin rakannya beberapa minggu yang lalu menjadi santapan matanya.

*Kenduri Di Perlis*

Fauzan mencuri-curi pandang ke sebelah kerusi penumpang. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke hadapan semula. 'Sabar Zan,  sabar!' pujuk hatinya sendiri. Penampilan wanita di sebelahnya membuatkan hati lelakinya berkocak. Manis dan cukup comel.
"Fauzan,".
"Em?".
"Em..  Saya ada buat salah?".
"Eh, tiadalah! Kenapa?".
"Awak diam dari tadi lagi.  Kalau saya buat salah,  saya minta maaf," perlahan sahaja suara wanita itu meminta maaf. Fauzan menjeling dengan ekor anak matanya. Mahu ketawa mendengar ayat yang keluar dari bibir comel Damia tapi ditahan.
Wanita itu tidak memandangnya,  hanya menunduk memandang kaki sendiri. Fauzan menarik nafas dalam-dalam,  kemudian dihembus perlahan.
"Awak,".
"Hm?".
"Saya tak marah awak pun," ujar Fauzan lembut. Matanya masih fokus pada jalan raya. Fauzan mengukirkan senyuman apabila ekor anak matanya dapat menangkap reaksi Damia. Wanita itu sedang memandangnya,  menanti Fauzan untuk terus menyambung bicaranya.
"Saya tak marahkan awak,  Cik Damia!".
"Jadi,  kenapa diam?".
"Saya diam?  Ya?" Fauzan sengaja ingin menguji wanita itu. 
"Ya.  Biasanya awak banyak bercerita. Hari ni diam pula,".
"Kalau saya diam,  apa salahnya?" soal Fauzan lagi.
"Kalau awak diam,  sama ada awak penat,  tengah fikir sesuatu atau awak marahkan seseorang," tambah Damia jujur. Fauzan tersenyum senget.
"Siapa beritahu?  Hanim?" teka Fauzan. Damia menggelengkan kepalanya. "Saya perhati awak,  dari sikap awak saya boleh teka emosi awak baik atau tidak," ujar Damia. Fauzan menoleh,  memandang tepat ke wajah polos Damia. Mujurlah lampu isyarat menunjukkan warna merah. Hati lelakinya tersentuh.
"Awak perhatikan saya?".
"Ya,".
"Kenapa?".
"Sebab saya suka perhatikan awak,".
"Kenapa awak suka perhatikan saya?".
"Saya...," bicara Damia terpotong apabila dia perasan riak muka Fauzan yang menunjukkan reaksi mahu mengusiknya. Pada masa yang sama,  dia malu kerana terlepas cakap. Pipinya membahang sendiri. Fauzan ketawa perlahan. Pandangannya beralih semula ke hadapan,  lampu isyarat masih merah.
'Bongok!  Damia bongok! Kenapa kau mengaku? Padan muka!' marah Damia dalam hati. Tapak tangannya disatukan dan digenggam rapat. Sengaja dia melemparkan pandangan ke luar kereta. Tidak mampu untuk memandang lelaki di sebelahnya.
Kereta mula bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.
"Saya tak marah awak,  Mia. Saya diam sebab...,".
"Sebab?".
"Kalau saya cakap,  janji jangan marah,".
"Emm..,".
"Sebab awak comel sangat hari ni," ujar Fauzan tanpa selindung. Darjah rasa malu Damia kian meningkat.
"Aaa...apa kaitan?".
"Kaitannya awak buat fokus saya terganggu," kata Fauzan. Damia menjeling. Geram diusik oleh lelaki itu berkali-kali.
"Macam berjanji pula kita, kan awak?".
"Maksud awak?".
"Awak pakai baju kurung biru muda.  Saya pula pakai kemeja biru muda.  Nanti orang ingat kita yang kahwin," usik Fauzan nakal.  Sengaja dia menyebut perkataan kahwin.
"Kebetulan sahaja," pintas Damia,  cuba tidak menunjukkan sebarang reaksi malu atau teruja. Fauzan tersenyum sumbing.
'Jual mahal pula dia!'.

Sepanjang menemani Fauzan di kenduri kahwin rakannya,  Damia tidak sekalipun berenggang dengan lelaki itu. Makan pun dia meminta untuk makan bersama-sama dengan Fauzan. Agak janggal untuk bersendirian di majlis kahwin orang yang tidak dikenalinya.
"Awak jangan tinggal saya,".
"Saya takkan pernah tinggalkan awak,  Mia," balas Fauzan lalu tersenyum apabila Damia meminta lelaki itu sentiasa berada di sisinya. Senyuman lelaki itu membuatkan anak mata Damia terjeda dan terus merenung wajah Fauzan.
"Saya kacak eh sampai awak renung saya?" usikan Fauzan menyedarkan Damia daripada anganannya. Spontan wanita itu mencebik. Mereka meneruskan suapan masing-masing.
Usai menjamu selera,  mereka beriringan masuk ke dalam rumah,  dengan tujuan mahu berjumpa pengantin dan mengambil gambar bersama-sama.
"Awak,  kita ambil gambar berdua di pelamin mereka nak?" bisik Fauzan,  yang tiba-tiba mendekati Damia dari tepi. Terkejut dengan tindakan Fauzan,  Damia sekadar mengangguk. Itulah kali pertama Fauzan berdiri serapat itu dengannya,  sehinggakan dia mampu mendengar nafas Fauzan. Apabila perasan dengan kekhilafan diri dan pipi Damia yang mula berubah warna,  Fauzan menapak menjarakkan diri daripada wanita itu. Tiba-tiba dia pula yang malu sendiri.

*Restoran Iskandar*

Fauzan tersenyum sendiri apabila melihat gambar itu. Jelas kelihatan reaksi kedua-dua mereka malu tapi mahu. Teringat perbualan antara dia dan Hamzah,  rakannya yang berkahwin.
"Bro,  siapa ni?".
"Kawan," balas Fauzan ringkas. Kemudian dipandang sekilas ke arah Damia.
"Eleh,  kawan sangat! Awak kawan dengan Mat Zan ni?" soal Hamzah. Matanya memandang isterinya yang sedang berbual dengan sekumpulan gadis,  mungkin rakan-rakan sekerjanya.
Damia memandang Fauzan dan mengangguk perlahan. Hamzah memandang Fauzan dan Damia silih berganti.
"Aku nak balik dulu,  Hamzah.  Tahniah.  Semoga jadi suami yang soleh dan sabar layan ragam isteri kau nanti," ucap Fauzan sambil bersalam dengan rakannya. Hamzah menyeringai.
"Terima kasih,  bro,".
Sempat dia berbisik di telinga Fauzan.
"Bro,  kau jangan tunggu lama-lama.  Kalau suka,  sayang,  masuk saja minta. Aku rasa dia pun suka kau,".
Fauzan ketawa kecil. Terkebil-kebil Damia memandang dua orang lelaki di hadapannya. Fauzan memberi isyarat supaya bergerak ke luar rumah.
"In sha Allah,  bro.  Kau doakan aku dapat ikat budak bulat ni. Jinak-jinak merpati," balas Fauzan perlahan. Serentak mereka ketawa.

"Assalamualaikum.  Maaf Zan.  Aku ada kerja,".
"Waalaikumsalam.  Aku reda dengan sikap kau,  Hak," balas Fauzan. Skrin telefon pintar digelapkan.
"Amboi,  aku sampai terus kau tutup telefon!  Tengok gambar marka apa?" usik Ishak sambil mengambil tempat duduk di hadapan Fauzan. Lelaki itu sekadar tersenyum sumbing.
"Sudah! Kau nak makan tak?".
"Nak.  Lapar,".
"Pesan makanan.  Sambil tunggu makanan kau sampai,  kita bincang mengenai projek kita," ujar Fauzan. Ishak mengangguk faham.

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...