Skip to main content

Diam-diam Suka (E1)

Prolog

Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng.
"Aisha Alifa!".
"Opocot!".
Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap.
"Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal.
"Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,".
Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang.
"Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil.
"Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur.
"Cepat, cepat!  Nanti lewat, bersesak dengan ibu bapa yang hantar anak-anak ke sekolah, " bisik Aisha Alisa sendiri. Usai mengunci pintu rumah,  dia mengatur langkah ke kereta.


Deruman enjin kereta menandakan anak saudaranya telah sampai di perkarangan rumah. Hamidah memandang jam di dinding.
"Amboi,  awalnya hari ni!" ujar Hamidah,  sambil tangannya mengemaskan tali leher suaminya. Khalil tersenyum.

"Semangat nak ke sekolah tu,".
"Semangat? Sebelum ni pun semangatlah juga tapi tidaklah seawal ni," balas Hamidah, sedikit hairan dengan kata-kata suaminya. Khalil tersengih. Tanpa isyarat, bibir Khalil singgah di pipi Hamidah,  membuatkan wanita itu tersipu malu.

"Mengadalah,".
"Suami awak juga," balas Khalil. Hamidah menjeling manja.
"Jom,  sarapan dulu!". Khalil mengangguk dan mengiringi langkah isterinya.
"Assalamualaikum," salam diberi sambil Hafiz menjengah ke dalam rumah.  Sunyi. 

'Ai,  mana semua orang ni?  Pintu depan terbuka luas,' omel Hafiz dalam hati. Tanpa dijemput, Hafiz membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah ibu saudaranya.
"Eh,  Abang Hafiz awalnya sampai!" sapa Junaidah,  yang lengkap berpakaian sekolah. Gadis itu muncul dari dapur.
"Eh,  awal sangatkah?" soal Hafiz lalu memandang jam di pergelangan tangan. "Hahahaha...  biasanya pukul tujuh abang terpacak depan rumah. Hari ni lima belas minit awal," kata Junaidah. Hafiz sekadar tersengih.
"Awal kau sampai,  Fiz," tegur Hamidah,  yang sedang menuruni anak tangga. Hafiz tersengih lagi.
"Semangat nak ke sekolah ya Fiz, lepas cuti seminggu?" sampuk Khalil yang berada di belakang Hamidah. Mereka berdua saling berbalas pandangan dan senyuman yang bermakna. Hamidah hairan dengan tingkah laku suami dan anak saudaranya itu.

"Ada apa-apa yang saya terlepas, abang?".
"Tiada apa-apa.  Dah,  jom sarapan!" pintas Khalil, cuba menyembunyikan sesuatu. Malas mahu berbalas kata,  Hamidah melangkah menghampiri meja makan.

"Pak Lil,  jangan habaq apa-apa nahNi rahsia kita berdua ja tau," bisik Hafiz semasa Khalil melintas di hadapannya. Khalil tersenyum dan mengangkat ibu jari. Bahu Hafiz dipaut dan mereka bergandingan ke arah meja makan.

***

Rahsia Hati

Buku latihan Matematik Tahun 4 Zamrud disemak satu demi satu. Kedengaran keluhan halus terbit dari bibir Hafiz setiap kali buku latihan murid-murid diselak dan disemak.

"Hai, mengeluh nampak!" tegur Idham, rakan sekerjanya.
"Mana tak mengeluhnya, Encik Idham bin Razak oi!  Separuh kelas tak faham subjek ni," balas Hafiz tanpa memandang ke arah Idham. Lelaki tinggi itu ketawa perlahan.
"Rilek bro!  Nanti kau ulanglah sekali lagi," usul Idham. Hafiz mengangguk perlahan. Idham memandang ke kiri dan ke kanan, memeriksa persekitaran di dalam bilik guru. Lengang. Hanya ada empat orang rakan sekerja yang lain, berada agak jauh daripada mereka berdua.

"Bro,".
"Hm?".
"Apa cerita?" soal Idham. Kerja Hafiz terbantut. Benaknya terganggu dengan persoalan Idham. Dia cuba menghadam soalan yang diutarakan oleh Idham.
"Apa cerita mengenai apa?".
"Ish,  aku cepuk juga mamat ni!".
"Betullah.  Soalan kau tergantung.  Cerita apa?" tanya Hafiz kembali. Idham menepuk dahinya.
"Apa cerita kau dengan pujaan hati kau tu?" soal Idham tanpa selindung. Malas mahu memanjangkan soalannya. Tiba-tiba,  pipi Hafiz membahang.
"Pujaan hati?  Siapa?" tergagap-gagap dia menyoal Idham kembali. Fokusnya untuk menyemak buku latihan hilang. Idham tersenyum sinis.

"Bro,  kau boleh nak tipu orang lain,  cikgu lain. Aku,  kau tak dapat tipulah," kata Idham. Jari telunjuknya mengetuk permukaan meja berulang kali,  sehingga menerbitkan irama tidak mengikut rentak.
"Ya?  Baiklah,  kalau kau hebat sangat,  siapa pujaan hati aku?" soal Hafiz,  menguji Idham. Kalau betul tekaan lelaki di hadapannya,  dia sendiri tidak pasti apa reaksinya.
"Baiklah.  Kalau aku betul,  kau kena terus terang dengan aku. Boleh?".
"Well,  we'll see,".
Idham tersenyum sinis. Matanya meliar sekali lagi ke sekeliling bilik guru,  memastikan tiada sesiapa yang mendengar perbualan mereka berdua.
"Cikgu baru masuk di PPKI tu,  bukan?" kata Idham,  separuh berbisik. Hafiz kehilangan kata,  dia tidak mampu menafikan. Tawa Idham memenuhi gegendang telinganya.
"Caught in act!  Hahahahaha...  Sekilas ikan di air,  sudah Idham tahu jantan betinanya," celah Idham lalu menyambung ketawa. Hafiz tersengih kemudian menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Tell me the truth and the whole story about what happening between both of you," tambah Idham lagi.
"Should I share with you?  Can I trust you?" soal Hafiz. Ya,  sekarang dia perlukan kawan untuk bercerita. Hampir empat bulan dia memendam perasaan sendiri.
"Ini Idham anak Encik Razak. Kau boleh percayakan aku," balas Idham. Badannya disandarkan pada kerusi.
"Baiklah.  Baiklah.  Aku percayakan kau,".
"Jadi,  ceritalah!".
Buku latihan ditutup. Masih ada separuh yang berbaki. "Kita berbual di kantinlah. Sempoi sikit," ajak Hafiz. Idham sekadar mengikut.

Idham ketawa mendengar pengakuan rakannya itu. Hafiz mengetap bibir apabila melihat reaksi lelaki di hadapannya.
"Kau kalau tak nak gigi bersepah,  berhenti ketawa!  Ini salah satu sebab aku malas bercerita!" bebel Hafiz. Teh o ais yang masih bersisa disedut laju,  berharap hawa sejuk ais dapat menurunkan suhu hatinya yang naik. Rasa malu lebih banyak menguasainya sekarang kerana di sekolah itu dia dikenali sebagai Encik Hati Batu.

"Maaf,  bro!  Aku macam tak percaya dengar pengakuan kau,  Encik Hati Batu!" perli Idham lagi.
"Ish,  Hati Batu celah manalah!".
"Bukankah hati batu namanya kalau mana-mana wanita yang goda kau,  kau boleh buat tak layan? Aku ingat lagi sampai menangis-nangis anak saudara Guru Besar dulu,  sebab kau tak layan cinta dia," kata Idham,  membuka kembali cerita dua tahun lepas. Hafiz mendengus perlahan.
"Wardina bukan selera aku!  Kau pun tahukan selera aku yang.....,".
"Ya. Selera kau macam arwah Hairani,  bukan?" potong Idham.
Senyuman tawar terlakar di bibir Hafiz apabila nama Hairani meniti di bibir Idham. Idham sedar dia terlanjur bicara.
"Maaf,  aku...,".
"It's okay. Betullah yang kau cakap tu," balas Hafiz.
"Jadi cikgu baru tu selera kaulah,  kan?".
Hafiz mengangguk. Idham mula tersenyum nakal.
"Bahagian mana?" bisiknya perlahan. Sekali lagi muka Hafiz membahang.
"Bongoklah soalan kau!".
Idham ketawa kuat. Seronok dapat mengusik anak teruna seperti Hafiz.
"Tapi ada satu masalah,".
"Apa masalahnya?".

Hafiz menarik nafas dalam-dalam. Idham menyuapkan roti goreng yang masih berbaki.
"Dia lagi tua berbanding aku,".
"Berapa beza umur kau dengan dia?".
"Tiga tahun," kata Hafiz. Idham mengangguk perlahan.
"Age doesn't mean anything in love. Kau mungkin muda dari dia tapi mungkin kau lagi matang berbanding dia.  Lagipun,  kalau pasangan kita lebih tua berbanding kita,  dia jenis tak banyak perangai mengada-ngada. Paling teruk pun manja.  Biasalah,  perempuan," hujah Idham panjang lebar.
Hafiz terdiam. Masing-masing tenggelam dalam khayalan sendiri.

"Fiz,  aku nak tanya satu soalan tapi maaf kalau persoalan aku buat kau sedih," kata Idham, memecah sepi yang menyelubungi mereka. Hafiz memberi isyarat teruskan bertanya.
"Kau suka cikgu baru tu sebab fizikal dia atau sebab lain yang kau tengok ada persamaan dengan arwah Hairani?". Idham cuba bertanya tanpa melukakan perasaan Hafiz. Lelaki di hadapan Idham tersenyum manis.

"Buat masa sekarang, aku hanya menghakimi dia dari jauh. Jujur aku cakap, ya,  aku suka dia sebab fizikal dia, itu penilaian pertama aku. Untuk aku samakan dia dengan arwah Hairani, ya pada aspek fizikal. Pada sudut perangai,  akhlak,  aku kena rapat dengan dia," hurai Hafiz. Ada sirna kejujuran pada matanya apabila menjawab persoalan Idham.

"Kalau perangai dan akhlak dia tidak sama dengan kemahuan kau?" soal Idham lagi,  cuba mengorek isi hati sebenar Encik Hati Batu itu. Hafiz menggigit bibir. Dipandang wajah Idham seketika.
"Aku pun tak pasti. Aku rasa,  saat ni,  sekarang ni, kalau aku tahu perangai dia sekalipun,  aku cuba terima," balas Hafiz. Idham tersenyum mengusik.
"Aku rasa nak pergi jumpa cikgu tu sekarang juga,".
"Hoi,  jangan buat hal!  Aku tumbuk kau nanti," ugut Hafiz spontan. Risau seandainya Idham buat kerja gila. Reaksi Hafiz menggelikan hati Idham.
"Hahahaha...  Sumpah aku nak ucap tahniah pada dia sebab berjaya cairkan Encik Hati Batu ini!" usik Idham semakin galak. Hafiz mengepal dan menghalakan penumbuk di hadapan wajah Idham,  sekadar mengacah untuk menumbuk.

"Amboi,  Cikgu Hafiz!  Kenapa nak bertumbuk dengan Cikgu Idham tu?" teguran seseorang dari belakang memeranjatkan mereka berdua. Spontan mereka memandang ke wajah yang menegur. Hafiz tersengih malu.
"Hehe...  Mana ada bertumbuk.  Kami gurau manja sahaja," balas Hafiz. Penumbuknya sudah lama diturunkan ke bawah.
"Bergaduh berebut marka apa?" serkap jarang Hamidah tersasar jauh. Spontan Hafiz dan Idham tersengih.

Ketawa seseorang menarik perhatian Hafiz. Anak matanya hanya menjamah raut wajah gadis di tepi ibu saudaranya hanya seketika. Tidak betah hatinya merenung pujaan hatinya terlalu lama. Idham perasan perubahan pada Hafiz.

"Selera kami berdua berbeza Kak Midah. Mustahil berebut," sampuk Idham. Pada masa yang sama dia mengusik Hafiz. Spontan Hafiz membuat mimik muka jangan pecah rahsia.
"Macam-macamlah!  Jom,  Aisha kita tengok makanan untuk murid-murid sudah disediakan atau belum," kata Hamidah. Aisha Alifa menggangguk.

"Cikgu Aisha!" panggil Idham. Langkah kaki Aisha Alifa terhenti,  sementara Hamidah sudah jauh ke depan. Hafiz menyumpah seranah rakannya itu dalam hati. Dia tahu Idham sengaja memanggil gadis itu.
"Ya?" tanya Aisha Alifa. Hairan apabila Idham memanggil namanya.
"Hati-hati jalan. Kalau jatuh bangun sendiri," pesan Idham,  sekadar mengusik. Spontan Aisha Alifa ketawa kecil.
"Baiklah cikgu. Saya kalau jatuh,  memang bangun sendiri. Tiada orang mampu nak angkat. Hehehehe... Saya pergi dulu ya,  Cikgu Idham,  Cikgu Hafiz," pinta Aisha Alifa sopan.

"Kau sengaja,  kan Idham bin Razak?" bebel Hafiz sebaik sahaja susuk tubuh Aisha Alisa hilang daripada pandangan. Idham ketawa mengekek.
"Apa yang lucu?".
"Hahahaha..  Tiada apa-apa yang lucu.  Cuma aku kagum sebab Cikgu Aisha Alifa boleh cairkan Encik Hati Batu ni dengan mudah. Pertama kali aku tengok kawan aku begini, tiga tahun lepas," sindir Idham.
"Begini?  Bagaimana?".
"Kau malu untuk tenung dia. Kenapa?".
"Haish,  kita harus menundukkan pandangan," balas Hafiz,  cuba menutup kenyataan yang terpampang jelas di setiap perlakuannya.
"Hahahaha..  Atau kau larikan pandangan kerana jantung kau berdegup pantas? Kau ada rasa geram pada dia eh?  Rasa nak cubit pipi dia eh?" usik Idham makin menjadi-jadi.
"Ya Allah,  lindungi aku dari melakukan jenayah pada hari ini!".
Makin kuat ketawa Idham. Memang sah kawan dia itu diam-diam suka pada Aisha Alifa.

***

Peluang

Helaian kertas yang tercatat nama para guru yang bertugas sebagai ahli jawatankuasa Hari Sukan dan Balapan sekolah pada tahun ini diperhati satu demi persatu. Bilik mesyuarat sepi seketika.
"Ada apa-apa persoalan mengenai skop tugasan masing-masing?" soal Johari, selaku guru penasihat untuk program tersebut, memecah kesepian bilik mesyuarat.
Aisha Alifa memberanikan diri mengangkat tangan. Beberapa pasang mata terarah kepada Aisha Alisa.

"Ya,  Cikgu Aisha. Boleh saya bantu?".
"Errr...  Maaf cikgu. Saya ditugaskan untuk dokumentasi tapi saya tiada kamera. Bagaimana ya?" tanya Aisha Alifa. Dia hanya ada kamera telefon bimbit. Johari diam seketika dan meneliti nama-nama yang tertera di bawah ahli jawatankuasa dokumentasi.
"Cikgu boleh berurusan dengan Cikgu Hafiz. Dia akan beritahu cikgu dan cikgu sekadar bantu setakat yang termampu," ujar Johari lalu mengukir senyum kepada Aisha Alifa.

'Eh,  dia bawah aku? Eh,  betulkah?' soal hati Hafiz berkali-kali. Kertas di hadapan dicapai dan matanya pantas menyemak nama-nama ahli di bawahnya. Matanya berhenti pada sebaris nama, Aisha Alifa binti Aziz.

'Kau terujakan sebenarnya,  Cikgu Hafiz? Seronoklah buat kerja nanti,' bisik hatinya sendiri. Sedaya upaya Hafiz cuba menahan diri daripada mempamerkan sebarang reaksi,  sama ada teruja atau tidak suka. Lelaki harus bertenang dan sabar. Terasa dirinya diperhati daripada arah bertentangan,  Hafiz menganggkat wajahnya.  Idham sedang tersenyum bermakna ke arahnya, sambil menunjukkan telefon pintar, isyarat kepada Hafiz supaya membuka aplikasi Whatsapp.

Idham
Ahoi,  mate!  Peluang terbaik!

Hafiz
Diamlah,  bongok! 

Idham
Ahahahaha...  Man,  she is something special to you, right?

Hafiz
No,  not something but someone!  Diam.  Dengar bos nak sampaikan amanat.

Telefon masing-masing diletakkan di tepi dan mereka memasang telinga mendengar taklimat seterusnya oleh Guru Besar.

"Aisha,  jom turun!" ajak Hamidah.
"Kak turun dulu.  Aisha nak jumpa Cikgu Hafiz," balas Aisha Alifa. Hamidah mengangguk dan sekejap sahaja dia lesap daripada pandangan. Aisha Alifa mencari-cari kelibat Hafiz,  untuk memastikan sama ada lelaki itu masih berada di dalam bilik mesyuarat atau sudah keluar. Susuk tubuh Hafiz telah dikenal pasti.  Lelaki tinggi lampai itu sedang berbual dengan Idham sambil melangkah keluar daripada bilik mesyuarat.

"Cikgu Hafiz!" panggil Aisha Alifa,  cukup kuat untuk didengari oleh Hafiz. Spontan langkah kaki dua sahabat itu terhenti.
'Ai ai ai!  Pasaipa dia panggil aku? Sabar Hafiz,  kawal diri!' monolog Hafiz sendiri. Idham menyiku tepat ke perut Hafiz,  menyebabkan lelaki itu mendesis kesakitan.
"Aku tinggalkan kau dengan dia,  ya," bisik Idham dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan daripada Hafiz.
"Oi,  oi!".

Aisha Alifa semakin menghampirinya, saat itu jantungnya berdegup kian laju. Hafiz memejamkan matanya seketika,  nafas ditarik dalam-dalam. Cuba menenangkan dirinya sendiri.
"Cikgu Hafiz," sapa Aisha Alifa. Suara gadis itu menusuk ke tangkai hatinya. Hafiz membuka matanya dan memandang tepat ke wajah gadis itu.
"Ya,  saya. Ada apa ya, Cikgu..... Nak panggil apa ya?" tanya Hafiz.

'Klise sangat kau Hafiz!' perli hatinya sendiri. Aisha Alifa tersenyum lucu. "Cikgu boleh panggil saya Aisha," balas Aisha Alifa.  Dia tidak berkecil hati kerana dia baharu sahaja empat bulan mengajar di sekolah ini.  Jadi tidak mustahil jika ada rakan-rakan guru yang masih tidak mengenalinya.
"Oh,  baiklah Cikgu Aisha!  Ada apa ya?".
"Maaf kalau saya ganggu cikgu.  Saya hanya mahu bertanya mengenai tugasan sebagai jawatankuasa dokumentasi. Tadi Cikgu Johari maklumkan kepada saya supaya berurusan dengan Cikgu Hafiz," kata Aisha Alifa. Hafiz mengambil peluang mencuri-curi pandang wajah gadis di hadapannya.
"Em, bertugas seperti biasa,".
"Hehehe..  Ya, saya faham tapi saya tiada kamera profesional,".
"Kalau begitu,  nanti hari kejadian Aisha jadi pembantu saya, boleh?" tanya Hafiz. Tiba-tiba,  dia merasakan dia perlu menggunakan peluang yang berharga ini sebaiknya untuk mengenali gadis itu.
"Maksud cikgu?".
"Aisha ikut saja saya sepanjang program.  Kalau saya penat,  saya bagi kamera pada Aisha.  Boleh?" cadang Hafiz. Dia cuba memberi reaksi setenang yang mungkin. Aisha Alifa diam sejenak,  cuba menimbang cadangan guru lelaki itu.
'Setujulah!  Setujulah!'.

"Em..  Bolehlah Cikgu Hafiz. Boleh saya belajar ilmu baharu dengan cikgu," akhirnya Aisha Alifa membuat kata putus.
"Bagus.  Kalau begitu,  jumpa semasa acara sukan dan balapan," ujar Hafiz tenang. Aisha Alifa mengangguk lalu menghadiahkan secebis senyuman manis kepada Hafiz.
'Oi,  bergetar hati lelaki aku oi Cik Aisha!' jerit hati Hafiz. Namun raut wajahnya menunjukkan reaksi biasa.

Aisha Alifa meminta diri dan dia menapak keluar dari bilik mesyuarat. Sebaik sahaja bayangan gadis itu hilang,  Hafiz tersenyum lebar, sementara benaknya merangka sesuatu.

***

Hari Sukan dan Balapan Sekolah

Bahang mentari mula terasa,  di saat cahayanya ditebarkan ke seluruh pelosok padang sekolah. Lensa kamera dihalakan ke arah sekumpulan murid-murid yang sedang melakukan acara lompat tinggi. Butang kamera ditekan. Skrin kecil di bahagian belakang kamera diperhati seketika,  cuba menilai gambar yang telah ditangkap.

"Aisha,  cantik tak gambar ni?" tanya Hafiz,  sambil menunjukkan gambar tersebut. Aisha Alifa terpaksa berdiri di atas bebola kaki kerana ketinggian mereka yang berbeza. Hafiz tersenyum tetapi dia cuba menyembunyikan senyumannya daripada penglihatan gadis itu.

'Alahai,  comel pula kau ni Aisha!  Sudahlah bulat,  pendek berbanding aku. Hehehe..  Seronok ni kalau dapat mengusik!' detik hati Hafiz. Air muka Aisha Alifa jelas menunjukkan dia geram kerana tidak dapat melihat gambar yang ditunjukkan oleh Hafiz dengan jelas tetapi dia mendiamkan diri.
"Aisha?".
"Em... Cikgu Hafiz,  boleh tak rendahkan sedikit kamera cikgu tu?  Saya ni tidaklah setinggi cikgu," kata Aisha Alisa spontan. Hafiz tersengih. Sikap pertama dia dapat kesan mengenai gadis itu adalah dia cuba bersikap jujur tapi cuba menyampaikan dalam cara tidak menyakiti hati orang lain.

"Hehehe...  Maaf. Nah,  peganglah!".
Hafiz menghulurkan kamera itu kepada Aisha Alifa. Tanpa menolak,  Aisha Alifa mengambil kamera itu. Satu demi satu gambar-gambar yang telah diambil oleh Hafiz dilihat.

Hafiz mengipas dirinya berulang kali,  cuba menghambat rasa panas mentari yang menggigit kulit mukanya. Manik-manik peluh membasahi dahi Hafiz. Berlindung di bawah bumbung astaka tidak menjanjikan bahawa dia dan Aisha Alifa akan terlepas daripada kehangatan mentari pagi. Dia melemparkan pandangan ke setiap ceruk padang. Kemeriahan hari sukan sekolah pada tahun ini sama seperti tahun-tahun yang lepas. Cuma berbeza sedikit bagi Hafiz,  kerana pada tahun ini dia ada pembantu.

Hakikatnya,  dia tidak memerlukan pembantu tetapi mustahil dia mahu melepaskan peluang keemasan tersebut,  bekerjasama dengan Aisha Alifa. Anak matanya jatuh kepada Aisha Alifa yang masih leka memerhatikan gambar-gambar yang berjaya dirakam.
Hati lelakinya dijentik perasaan kasihan apabila melihat wajah gadis itu kemerahan dan berpeluh. Namun sedikit pun tiada keluhan didengar daripada bibir comel Aisha Alifa.

Spontan Hafiz membayangkan dia mengeluarkan tisu dan mengelap butir-butir peluh yang membasahi dahi dan bawah mata Aisha Alifa. Hafiz bagaikan tersedar dari khayalan,  dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Bayangan mesra yang terbentuk di benaknya cuba dihalau. Pandangannya dilarikan dari terus menatap seraut wajah yang menjadi penyebab kepada pertambahan fungsi rutin jantung dan otaknya.

'Hafiz oi Hafiz!  Kau jangan melampau eh,' bisik hatinya. Lelaki itu bangun dan bercekak pinggang sambil menghadap padang sekolah.
"Cikgu Hafiz nak ke mana?" soal Aisha Alifa hairan apabila perasan Hafiz tiba-tiba sahaja berdiri. Hafiz menoleh semua ke arah Aisha Alifa. Anak mata Aisha Alifa yang polos itu dipandang,  cuba memberi jawapan yang sesuai.
Aisha Alifa terkebil-kebil memandang tepat ke wajah Hafiz.
"Nak cari air. Nak apa-apa tak?" tanya Hafiz. Aisha Alisa terdiam sejenak,  sebelum menjawab.
"Tunggu di sini," kata Hafiz. Aisha Alifa mengangguk. Kemudian dia menyambung melihat gambar-gambar sekitar hari sukan dan balapan sekolah.


"Abang,  air sirap dua!".
Idham mengangkat kepalanya. Seketika kemudian dia tersengih sebaik sahaja melihat pemilik suara itu. "Maaf bro.  Sirap low class. Hahahaha...  Anggur bancuh ada," balas Idham.
"Anggur saja?  Kata kelab guru dan staf nak menjual banyak makanan,".
"Makanan,  bukan minuman!".
Hafiz tersengih. Malas mahu melayan karenah rakannya,  dia bergerak ke meja yang menempatkan makanan, mencari alas perut untuk dirinya dan Aisha Alifa.
'Apa yang dia suka makan ya?' soal hatinya sendiri. Sandwich?  Kacang?  Aiskrim?

"Cikgu,  saya nak aiskrim!".
"Air anggur satu,".
Hafiz menoleh ke arah Idham yang sibuk melayan para pelanggan,  atau dengan lebih tepat murid-murid yang datang berkunjung ke gerai kecil itu. Tidak menang tangan Idham apabila sekumpulan murid tiba-tiba menyerbu ke gerainya.
'Haish,  belilah apa-apa Hafiz!  Lain kali cuba kau masak untuk dia pula,' monolog Hafiz sendiri. Dia terjeda. Masak?  Kenangan lama menerjah ke dalam ingatannya. Kemudian,  dia menggelengkan kepalanya,  cuba menghalau memori lama itu singgah dan menyebukan hatinya.
Tangannya mencapai sandwich dan aiskrim. "Idham,  bagi aku air anggur dua!" laung Hafiz,  cuba menyaingi riuh-rendah suara murid-murid yang semakin ramai memenuhi kawasan gerai.
"Baik.  Sekejap,".


Enam orang kanak-kanak perempuan sedang mengelilingi Aisha Alifa,  mahu melihat gambar-gambar yang ada dalam kamera di tangan Aisha Alifa. Sesekali mereka ketawa apabila melihat gambar yang berjaya merakam aksi atau wajah yang lucu.

"Buat apa di sini?" soal seseorang dari belakang. Serentak mereka menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki berkulit cerah dan memakai baju ungu muda tercegat sambil tersenyum manis. "Oh,  Cikgu Aizat rupanya!  Tengah tengok gambar dengan budak-budak ni," balas Aisha Alifa.
Murid-murid perempuan tersipu malu. Aisha Alifa tahu punca enam orang perempuan berkelakuan begitu. Zaman peralihan daripada kanak-kanak kepada remaja sedang berlaku kepada mereka.
'Nasib kaulah Cikgu Aizat, kacak sangat. Budak-budak pun menggatal tengok Cikgu Aizat,' ujar Aisha Alifa dalam hati.

Semenjak kali pertama menjejakkan kaki di sekolah ini, dalam kalangan guru lelaki,  Aizat merupakan guru yang paling kacak. Berkulit cerah, pandai bergaya dan ramah. Mata Hawa mana yang tidak berkalih dua kali memandangnya andai terserempak? Berbeza di mata Aisha Alifa,  selera dia adalah lelaki tinggi dan berkulit gelap serta pemalu.

"Kamu semua pergi duduk di kawasan rumah sukan masing-masing," arah Aizat.
"Ala, cikgu! Biarlah kami duduk di sini,".
"No,  you can't!" balas Aizat lembut tapi nadanya penuh ketegasan. Dihinggap rasa kecewa,  mereka berdiri dan bergerak ke arah khemah rumah sukan masing-masing.
Anak mata Aizat terus memerhati pergerakan mereka. Sengaja dia mahukan ruang bersendirian dengan guru baharu itu. Aisha Alifa sedang duduk di tangga astaka,  tanpa memandangnya. Aizat memandang ke sekeliling, lalu dia menuruni tangga astaka dengan berhati-hati.

"Aisha,  right?".
"Ya, Cikgu Aizat.  Kenapa ya?" tanya Aisha Alifa lalu tersenyum. Tanpa dijemput Aizat melabuhkan punggung di atas tangga,  selang satu anak tangga.
"Saja menegur rakan sejawat yang baharu. Sebelum ini masing-masing sibuk," balas Aizat. Aisha Alifa sekadar tersengih.
"Buat apa di sini?".
"Saya tunggu Cikgu Hafiz," ujar Aisha Alifa jujur. Kening kanan Aizat terangkat ke atas, isyarat hairan.

"Kenapa Cikgu Aizat?".
"Pelik,".
"Apa yang pelik,  cikgu?".
"Hafiz minta awak tunggu?".
Aisha Alifa mengangguk. Aizat memandang kamera yang ada di tangan Aisha Alifa. Dia tahu itu kamera Hafiz.

"Apa tugas awak hari ni?".
"Saya kena tolong Cikgu Hafiz di bahagian dokumentasi," balas Aisha Alifa. Tangkai hatinya dijentik rasa aneh apabila Aizat mula bertanyakan soalan demi soalan. 'Takkanlah tak baca senarai ahli jawatankuasa tu?' detik hati Aisha Alifa.

Aizat pula sedang berfikir. Dia hairan apabila Aisha Alifa menyatakan bahawa dia menolong Hafiz.
'Semenjak bila pula budak tu mahu bekerjasama dengan cikgu lain, terutama sekali cikgu wanita? Biasanya Encik Hati Batu itu sukar mahu memberikan kamera kesayangannya itu kepada orang lain,' monolog Aizat sendiri. Dia memandang tepat ke wajah Aisha Alifa. Zap!  Dia perasan sesuatu. Kemudian dia tersenyum sinis.

"Aisha,".
"Ya,".
"Awak sudah kahwin?" tanya Aizat tanpa berselindung. Gadis itu terpaku seketika. Baru tegur,  sudah tanya soalan sensitif.
"Belumlah,  Cikgu Aizat,".
"Oh,  belum!  Sudah ada calon atau belum?"
Aisha Alifa ketawa perlahan mendengar soalan kedua daripada Aizat. Guru lelaki itu cuba mengorek rahsia dirinya.
"Calon ya?  Calon... Hm... Tunggu calon yang Allah sudah tetapkan, boleh?" giliran Aisha Alifa pula bermain kata, kemudian dia tersenyum. Aizat tersenyum sumbing.

Salah satu sebab dia menegur Aisha Alifa bukan semata-mata dia merupakan guru baharu,  sebaliknya dia ingin tahu dan kenal gadis itu. Masih jelas di ingatan Aizat pada kali pertama dia terserempak dengan gadis itu. Jarang sekali untuk seorang wanita yang tidak menoleh dua kali atau tidak merenungnya apabila berselisih dengannya. Namun berbeza dengan Aisha Alifa, gadis itu bukan sahaja tidak menoleh dua kali bahkan dia langsung tidak menunjukkan rasa minat terhadap Aizat. Sedikit keegoannya sebagai lelaki tercabar.

"Kalau saya nak berkawan dengan Aisha boleh?".
"Kita memang kawan pun.  Kawan sekerja," balas Aisha Alisa lalu tersenyum. Matanya masih melekat pada skrin kamera. Aizat menggigit bibir.
'Damn! Pandanglah aku! This woman play hard or she always has this positive side?' bebel Aizat dalam hati.

"Assalamualaikum,".
"Waalaikummusalam," jawab Aisha Alifa dan Aizat, serentak menoleh ke belakang.  Aisha Alifa tersenyum manis ke arah Hafiz. Aizat menilai maksud di balik senyuman gadis itu,  berbeza berbanding senyuman yang diberikan kepadanya di awal perbualan tadi.

"Hai,  Cikgu Aizat!  Jauh melepak," kata Hafiz, sambil anak matanya memandang tepat ke arah wajah lelaki itu. Aizat tersenyum bermakna,  mereka berbalas pandangan. Aisha Alifa tidak menyedari renungan dua orang lelaki itu.
"Baiklah,  saya pergi dulu. Sudah lama berehat,  nanti kena bebel dengan Puan Qistina," ujar Aizat, memecah sepi antara mereka. Aisha Alifa mengangguk perlahan. Hafiz tersenyum tawar. Pandangan Aizat jatuh pada makanan yang ada di tangan Hafiz.
"Weh,  makanan untuk aku mana?".
"Pergi beli sendiri," balas Hafiz pendek. Saat itu,  dia berharap lelaki itu hilang daripada pandangan. Tawa Aizat menyakitkan hati Hafiz.
"Bye,  teachers!" ucap Aizat lalu berlari-lari anak ke tengah padang, membantu guru lain yang bertugas di bahagian acara lontar peluru.

Hafiz berdehem perlahan. Sebaik sahaja menghampiri Aisha Alifa,  dia menghulurkan segelas air anggur dan sandwich.
"Makan tak sandwich?".
"Soalan cikgu pun.  Tengok badanlah," balas Aisha Alifa sambil menyambut huluran Hafiz. Makanan bertukar tangan. Kamera diserahkan semula kepada pemiliknya. Tanpa banyak bicara,  Aisha Alifa membuka plastik yang membaluti sandwich dan menggigit hujung roti. Hafiz tersenyum melihat perlakuan gadis itu.
"Baca Bismillah tak?".
Aisha Alifa mengangguk, tanpa bersuara. Hafiz ketawa perlahan. 'Comel pula orang tua ni,' detik hati Hafiz. Kerinduan pada arwah Hairani menjentik tangkai hatinya.

---
4 Tahun Yang Lalu

Hafiz resah duduk di kerusi batu itu. Sudah setengah jam dia menanti kehadiran Hairani.  Namun batang hidungnya masih tidak kelihatan.
"Inilah orang perempuan!  Janji pukul lima,  lima setengah tak muncul lagi," bebel Hafiz. Posisi duduk berubah kepada posisi berdiri,  sambil berjalan mundar-mandir di hadapan asrama. Skrin telefon diperhati,  gelap,  tanda tiada pesanan ringkas yang masuk ke dalam peti simpanan.

"Hah.. Hah..  Assalamualaikum!".
"Waalaikummusalam," balas Hafiz,  dalam nada tidak puas hati. Apabila melihat seraut wajah yang dirinduinya dan gaya semput gadis itu,  dia yakin Hairani berlari atau tergesa-gesa ke tempat janji temu mereka.
Hairani menarik nafas dalam-dalam,  lalu duduk di atas kerusi untuk melepaskan lelah. Hafiz mengambil tempat bertentangan dengan Hairani.

Gadis itu tahu Hafiz sedang menahan rasa sebal dan tidak puas hati kerana menunggu setengah jam. "Awak," panggil Hairani lembut. Hafiz diam tetapi matanya tidak lepas dari memandang kekasih hatinya itu.
"Apa? Siapa awak?".
"Awaklah awak,".
"Siapa?".
"Eee... Hafiz!".
"Tak dengar,".

Hairani terdiam. Bukan terasa hati tetapi dia faham kehendak lelaki di hadapannya itu. Hafiz mengangkat kening, namun masih tiada segaris senyuman di bibirnya. Hairani memandang ke kiri dan ke kanan.

"A...  Abang," perlahan sahaja Hairani menyebut panggilan istimewa itu. Pipinya membahang,  perasaan segan menguasainya. Matanya tunduk memandang permukaan meja batu.  Seumur hidup, belum pernah dia memanggil mana-mana lelaki dengan panggilan sebegitu. Hafiz tersenyum senget. Hati lelakinya masih mahu mengusik gadis itu.

"Tak dengarlah.  Saya bunyi lalat terbang," kata Hafiz selamba. Hairani mengangkat wajahnya. Bibir diketap. Hafiz membuat mimik muka, mengacah Hairani supaya memanggil semula dengan panggilan tadi.
"Abang...," panggil Hairani setelah diam seketika,  cuba mengumpul kekuatan. Aduh,  cair hati lelakinya! Namun Hafiz mengawal reaksi wajahnya, tidak mahu Hairani dapat meneka perasaannya saat itu.
"Ya,  sayang,".
"Maaf sebab Ani lambat,".
Hafiz menarik nafas dan menghembus perlahan. Kalau diikutkan hati,  mahu sahaja dia mencapai tangan tunangnya itu. Namun dipujuk hati supaya bersabar.
"Kenapa sayang turun lambat?  Tertidur?".
Hairani menggeleng laju. Spontan dibuka zip beg sandang dan tangannya sibuk mencari sesuatu di dalam beg itu.

"Ani cari buku yang Ani belikan untuk abang tadi. Fatihah kemaskan bilik,  sampai Ani tak jumpa buku ni," terang Hairani panjang lebar. Dihulurkan dua buah buku kepada Hafiz.
"Buku apa ni sayang?" soal Hafiz. Buku bertukar tangan. Hairani tersengih. Raut wajah Hafiz bertukar ceria apabila membaca tajuk di muka hadapan buku itu.
"Wah,  terima kasih sayang! Mana awak tahu abang cari buku-buku ni?" tanya Hafiz,  teruja. Tanpa menanti lebih lama,  dia membelek-belek buku masakan itu.
"Hehe...  Masa kita keluar pergi Alor Setar hari itu,  abang khusyuk sangat tengok buku-buku ni. Jadi, Ani buat simpanan sedikit dan belikan untuk abang," balas Hairani. Matanya mengerling bekas plastik di sebelah Hafiz.
"Apa tengok-tengok?" tanya Hafiz apabila dia perasan gadis itu asyik menjeling bekas plastik yang dibawanya. Hairani tersengih.
"Apa tu,  abang?" tanya Hairani,  panggilan manja itu kian mudah meniti di bibirnya.

Hafiz tersenyum.  Buku diletakkan di atas kerusi. Bekas makanan plastik ungu itu ditolak ke arah Hairani.
"Apa?".
"Bukalah,".
Laju sahaja Hairani mencapai bekas itu dan membuka penutup bekas. Matanya bersinar melihat nasi goreng yang masih berasap.
"Abang masak?".
"Ya,".
"Nasi goreng apa ni,  abang?".
"Em...  Basically it just an ordinary fried rice. Disebabkan nasi itu digoreng untuk tunang kesayangan, abang namakan nasi goreng tu...  Emmm...  Nasi Goreng Cinta Si Bambam.  Boleh?".
"Abang ni kan,  sengaja cari gaduh! Perlukah letak Bambam tu?".
"Wajiblah. Bambam tu kesayangan saya tahu,".
"Bambam mana?".
"Bambam di hadapan abang ni!".

Tawa Hafiz dan Hairani bersatu. Hairani menutup bekas makanan itu sambil mengucapkan terima kasih kepada Hafiz. Salah satu sikap Hairani yang membuatkan dia sanggup mengikat gadis itu ialah Hairani menghormati dan menyokong hobinya, iaitu memasak. Dia merenung Hairani,  dengan pandangan penuh kasih sayang.
"Sayang,".
"Ya?".
"Tak susah pun nak panggil saya 'abang',  kan?".
Hairani terdiam,  malu sendiri,  kemudian dia mengangguk perlahan.
"Mengapa nak malu kalau mahu,  sayang?".
"Saya..  Emm..  Saya...,".
"Hahahaha...  In a month,  you will be mine, a halal woman for me. Just don't ever give up in our relationship, okay dear?" ucap Hafiz penuh kelembutan. Hairani mengangguk.
Namun,  sebaik-baik perancangan adalah Allah Yang Maha Esa.
---

Hari Sukan dan Balapan Sekolah

"Cikgu Hafiz!" panggil Aisha Alifa berkali-kali. Jauhnya dia mengelamun.
"Ya?" tanya Hafiz,  bagaikan roh dan jasad baru bersatu. Aisha Alifa mengeluh perlahan.
"Cikgu mengelamun jauh nampak.  Rindu awek ya?" serkap jarang Aisha Alifa. Hafiz tersenyum tawar.
"Buat apa nak ingat makwe kalau kesayangan ada di depan mata," luah Hafiz, tetapi tidak jelas pada pendengaran Aisha Alifa.
"Apa cikgu cakap?".
"Nothing,  Cikgu Aisha. Jom,  kita bergerak ke tengah padang!".
Aisha Alifa mengangguk lalu berdiri. Dia mengikut langkah Hafiz daripada belakang.
'Just wait,  Aisha. You have caught my eyes from the first day we met. You will be mine,  only mine,' ikrar Hafiz dalam hati. Buat masa sekarang,  dia perlu bersabar dan mengenali gadis itu lebih mendalam.

***

Misi Tawan Hati 

Bekas makanan plastik itu diperhati,  kemudian dia senyum sendiri dan berubah kepada keluhan halus. Hafiz menyandarkan badannya di kerusi. Ditoleh sekilas ke meja sebelah kanan,  kosong. Kelibat Idham tidak kelihatan. Jam di pergelangan dipandang. Waktu begini biasanya sahabatnya itu ada di bilik kesihatan.

'Aih,  masa aku perlukan nasihat kau,  kau pula hilang!' bebel Hafiz dalam hati. Mata dipejam seketika dan nafas ditarik dalam-dalam.
'Hafiz,  dengar sini Hafiz. Kau kena berani bagi bekal ini pada dia!  Semenjak bila kau jadi pengecut ni? Come on,  bro!  Dia Aisha Alifa kot. Inilah masa kau nak tunjuk kelebihan kau,' pujuk hati lelakinya. Matanya dibuka perlahan-lahan.

"Ya,  dia Aisha Alifa. Aku buat bekal ni khas untuk dia!" ujar Hafiz,  separa berbisik.
"Apa yang kau cakap,  Fiz?" tegur Idham yang tiba-tiba muncul. Hafiz terkejut. Mujurlah Idham yang lalu di belakangnya.  Kalau rakan sejawat yang lain, alamatnya satu sekolah tahu bahawa dia sedang dilamun cinta. Idham tersengih. Matanya sempat menangkap bekas makanan plastik yang disorokkan sedikit.
"Oh,  kau masak...!" belum sempat Idham menghabiskan butir percakapannya, Hafiz pantas menekup bibir sahabatnya itu dengan tapak tangan.
"Diamlah,  syaitan!  Kau nak satu bilik guru ni tahukah?  Alang-alang,  aku bagi kau mikrofon, mahu?" marah Hafiz dalam nada rendah. Idham menolak tapak tangan Hafiz dari bibirnya.
"Masin!".
"Masinlah sebab aku baru lepas korek hidung!".
"Hahahahaha...  Maaf maaf.  Aku tak sengaja terkuat suara," kata Idham. Kemudian dia menyambung ketawa. Hafiz duduk semula di kerusinya. Manakala Idham pula menapak ke arah meja kerjanya dan melepaskan lelah di atas kerusi.

"Bro,".
"Hm..  What?".
"Tak payah tenung bekas tu lama-lama. Pergi saja dan beri. Lagipun aku rasa,  ini waktu rehat kelas Pendidikan Khas," ujar Idham. Matanya dilemparkan ke luar tingkap, dengan lebih tepat ke aras tanah. Murid-murid dan para guru di kelas PPKI kelihatan berpusu-pusu keluar daripada kelas.
Sekali lagi Hafiz menarik nafas dalam-dalam. Dia nekad.

Kelas PPKI

"Jom,  rehat!" ajak Danny, merencatkan kerja Aisha Alifa. Dia menoleh ke belakang. Rakan sekerjanya sedang mengemaskan meja dan bersiap untuk keluar daripada kelas. "Pergilah dulu. Dalam lima minit lagi,  saya menyusul," balas Aisha Alifa. Danny sekadar mengangguk. Lelaki itu menapak meninggalkan Aisha Alifa sendiri.

Hingar-bingar suara murid-murid sedang beratur di luar kelas bagaikan suasana yang biasa pada Aisha Alifa. Matanya masih melekat pada skrin komputer riba tetapi bibirnya tersenyum. Telinganya dapat menangkap suara-suara guru dan murid-murid saling bertingkah.
"Pakai kasut elok-elok!".
"Egu.... (Cikgu...)!".
"Berbarislah,  Ah Ting!".

Suasana kembali sunyi. Aisha Alifa menarik nafas dalam-dalam. Kelopak matanya terasa pedih. "Itulah, leka sangat menghadap komputer! Enough,  Aisha! Rehatlah dulu," kata Aisha Alifa sendiri. Tetikus digerakkan ke arah butang 'Shut down'. Beberapa saat kemudian,  skrin komputer ribanya gelap.

"Assalamualaikum," suara seseorang memberi salam memeranjatkan Aisha Alifa. Matanya terarah pada pintu kelas. "Waalaikummusalam. Eh,  Cikgu Hafiz!  Cari Mak Long cikgukah?  Semua...," belum sempat Aisha Alifa menghabiskan ayatnya, Hafiz memotong bicara gadis itu. "Tidak. Saya datang... Nak cari cikgulah,".
Terkebil-kebil Aisha Alifa memandang guru muda itu. Cari dia? "Err...  Kenapa cari saya?" tanya Aisha Alifa, perlahan dan hairan. Hafiz menunduk memandang lantai simen. Benaknya cuba menyusun ayat,  agar tidak kedengaran aneh.

"Ehem... Ni...  Ada makanan untuk cikgu," ujar Hafiz,  cuba berlagak tenang sambil menghulurkan bekas plastik yang berisi makanan. Aisha Alifa teragak-agak untuk menerima tetapi untuk menjaga hati lelaki itu,  dia menyambut bekas plastik itu dengan berhati-hati. Bibir mereka terkunci. Aisha Alifa membisu dan pada masa yang sama,  dia mengharapkan penjelasan yang lebih lanjut. Manakala Hafiz pula gelisah,  malu dan kaku tercegat di depan pintu kelas.
"Errr...  Terima kasih,  mungkin?".
"Err..  Sama-sama,".
Hafiz berundur dan mengatur langkah naik semula ke bilik guru,  yang terletak di tingkat satu. Aisha Alifa menarik nafas dalam-dalam.

"Cikgu!" panggil Aisha Alifa,  membuatkan langkah kaki Hafiz terhenti. Dia menoleh memandang gadis itu. "Makanan ini untuk saya,  bukan? Atau saya kena kongsi dengan cikgu-cikgu di PPKI ni?" soal Aisha Alifa, memberanikan diri,  sambil mengangkat bekas makanan itu.
"Makanan itu untuk Cikgu Aisha sahaja," jawab Hafiz, cukup kuat pada pendengaran Aisha Alifa. Gadis itu mengangguk dan tersenyum. Hafiz berlagak tenang dan menghilang di sebalik tangga. Aisha Alifa memandang bekas makanan itu dan tersenyum. "Musuh jangan dicari,  rezeki jangan ditolak!" monolog Aisha Alifa. Dia menapak ke kantin sambil membawa bekalan yang diberikan oleh Hafiz.

Di kaki lima aras satu, Hafiz tersenyum sendiri. 'Ini misi pertama untuk tawan hati gadis kuat makan!' bisik hati Hafiz.

Aisha Alifa terdiam. Dia terpegun dengan bekalan yang diberikan oleh Hafiz. Suapan pertama disusuli dengan suapan kedua.
'Sedapnya!' puji Aisha Alifa dalam hati. Nasi goreng biasa tetapi enak pada lidahnya.
"Amboi,  rajin masak hari ni!" tegur Hamidah,  yang baru melabuhkan punggung di sebelah. Aisha Alifa tersenyum. Dia menghabiskan kunyahan sebelum membalas bicara Hamidah.
"Bukan saya masak,  kak. Tadi ada cikgu beri,".
"Cikgu mana yang baik hati beri bekalan pada kamu,  Aisha?" soal Hamidah ingin tahu. "Cikgu Hafiz," balas Aisha Alifa tanpa berselindung. Hamidah terdiam. Dia memandang rakan-rakan guru yang lain. Danny tersengih. Manakala Mona dan Hanim tersenyum bermakna. Aisha Alifa tidak mempedulikan reaksi orang sekeliling. Berselera sungguh dia menjamah nasi goreng itu.

"Betul Cikgu Hafiz yang beri?" soal Hamidah sekali lagi, inginkan kepastian. Aisha Alifa mengangguk.
"Untunglah ada orang belanja!" sampuk Mona, kemudian disambut dengan ketawa Hanim. Hamidah cuba mengawal senyumannya.
"Kenapa Kak Hanim?".
"Sudah,  abaikan usikan Kak Hanim kamu tu!  Makan, makan," celah Hamidah. Aisha Alifa mengangguk. Hamidah memandang Hanim dan Mona, kemudian meletakkan jari telunjuk di bibir. Mereka berdua mengangguk serentak,  tanda faham.

'Hafiz,  Hafiz!  Apalah pula muslihat kamu ni?' monolog Hamidah sendiri.
"Kalau Mak Dah nak tahu Fiz berkenan pada seseorang, perkara pertama Yang Fiz buat adalah masakkan dia nasi goreng!" bicara Hafiz beberapa bulan yang lalu terngiang di telinganya. Mata Hamidah masih melekat pada Aisha Alifa.
'Kalau ini pilihan kau Fiz,  Mak Dah tak nak tunggu lama-lama!' bisik hati wanitanya.

Comments

Popular posts from this blog

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...