Skip to main content

Insan Itu Membuatkan Aku Kagum

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.

  Aku masih mentah lagi dalam perjalanan hidup ini tetapi pelbagai ragam insan yang telah ku temui. Tidak kira insan itu baik mahupun nakal, miskin atau kaya, aku cuba kenali semua. Sehinggalah tiba di satu persinggahan, aku dipertemukan oleh-NYA seorang insan yang membuatkan aku kagum dengannya.
Insan yang aku maksudkan itu ialah senior aku di sekolah. Pada pertama kali, aku malu sangat dengannya (aku malu dengan lelaki yang aku tak kenal). Kami kenal masa aku mula-mula menyertai PBSM di sekolah baruku. Namanya Farhan. Aku memang jenis tak yakin kalau berdepan dengan orang baru. Namun cara dia menegurku membuatkan aku rasa seperti aku wujud bersama-sama mereka dalam kelompok kecil itu. Ini pandanganku sebagai seorang adik; dia lucu, tegas, yakin dan pendengar yang setia. Hehehe… pada pandangan akulah!

  Pernah sekali aku bertanya kepadanya mengenai persahabatan. Jawapan dia, insyaallah, aku takkan lupa sampai bila-bila. Katanya,”Persahabatan tu bagaikan dua tali buaian yang digantung pada palang besi. Kedua-duanya berfungsi menahan bebanan yang duduk di buaian itu. Andai kata salah satu tali buaian itu tidak kuat, maka akan rosaklah buaian itu,”. Hehehe… sekalipun aku bengap sikit bab kiasan, tapi aku faham perkara yang dia cuba sampaikan. Maknanya dalam persahabatan memerlukan kerjasama, kepercayaan, kesabaran dan toleransi, barulah dugaan yang datang tidak akan menggugat persahabatan itu dengan mudah.

  Sekarang, aku satu bidang dengan dia, iaitu perguruan. Bezanya dia sudah pasti akan menjadi seorang guru, sedangkan aku masih dalam program persediaan. Tinggal satu semester lagi untuk aku melangkah ke alam pengajian untuk dapatkan ijazah. Agak-agaklah, dia tentu jadi seorang guru yang disegani dan disayangi oleh murid-muridnya, kan? Apa-apa pun, aku doakan dia berjaya. Dulu dia sudah bantu aku untuk bina keyakinan aku, biarpun sebesar zarah. Sekarang bergantung kepada diriku sendiri, untuk terus bina keyakinan atau mengalah. Apakah pilihan aku?

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...