Skip to main content

T.I.N.A - Apabila Kasih Tersemai

Sekali lagi Tina diberi peluang menyaksikan cinta seorang wanita kepada si kecilnya. Wanita itu adalah ibu. Semalam Tina melihat seorang bayi yang serba kekurangan. Si anak kecil yang dilahirkan tidak cukup umur tapi dia diberi peluang untuk bernafas di dunia yang penuh dengan kekusutan dan kekejaman ini. Jiwa keras Tina tersentuh tatkala melihat keadaan anak kecil itu. Kesukaran dia bernafas, kehilangan nikmat untuk menghisap susu seperti bayi lain dan keadaan dirinya membuatkan Tina terus memerhati bayi comel itu.
            Bagaimanakah keadaannya dua, tiga tahun lagi? Masihkah dia memerlukan perhatian dari si ibu? Mampukah dia terus bertahan? Ya, si ibu. Si ibu tidak mengeluh sebaliknya berusaha menyusukan si kecil itu. Entahlah. Sukar untuk Tina sendiri tafsirkan perasaan Tina apabila melihat si kecil itu terbatuk-batuk tatkala tiub kecil disuakan ke dalam mulutnya. Tiub itu tidak berhenti di situ sahaja. Perlahan-lahan si ibu menolak tiub kecil itu hingga sampai ke perut si kecil. Seksanya Tina melihat. Mungkinkah bayi itu sakit?
            Tina takkan lupa kali pertama Tina melihat bayi itu. Matanya. Anak mata hitamnya bagaikan berjaya meraih simpati di sudut hati Tina. Ya Allah, sampai sekarang Tina terbayang lagi renungan anak mata itu beberapa bulan yang lalu. Renungan itu masih sama apabila Tina melihatnya semalam.
            Si ibu dan si anak kecil. Cinta yang wujud tatkala janin berada dalam rahim ada. Ikatan yang terbentuk secara dalam, misteri tapi manis dan membawa ke syurga. Betapa kuatnya kesabaran seorang ibu, betapa dalamnya cinta si ibu terhadap bayi yang dianugerahkan kepadanya. Apabila kasih tersemai, api benci dan kemarahan mudah sahaja dipadamkan.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...