Skip to main content

Salahkah Pilihan Aku?

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.

Huhuhu... penatnya! Tadi aku & kawan sebilik aku pergi pasar malam. Kalau di kampung aku (Bachok), pasar malam setiap hari Jumaat, tapi di sini (Tanah Merah) setiap hari Khamis. Selingan kejap sebelum aku luahkan perasaan aku. (^^,) Tadi ada la seorang abang yang jual 'spring potato' itu dia minta nombor telefon aku. Hahaha.. padahal baru kali kedua aku pergi ke gerai dia, itu pun sebab teman kawan sebilik aku (Hanim) beli. Kali pertama kami pergi gerai dia masa nak balik kampung minggu lepas. Dia ingat kami budak sekolah. "Adik baru balik tuisyen ke?". Huhuhu... nampaknya kami muda lagi! (atau sebab dia tengok Hanim kecil :-p). Hari ni, aku pergi lagi. Dia tengok aku, cam nak tak nak je senyum. Oleh sebab aku ni ramah sangat, aku senyumlah. Hua... naya betul! Tiba-tiba nak nombor. Ah, xsemudah tu okey! Buat la muka majuk pun, aku tak nak layan sebab hanya seorang sahaja yang aku akan layan kalau merajuk. Hehehe... (^_^) saYang dia..

  Salahkah pilihan aku ek? Entahlah aku rasa cam aku keseorangan saja dalam perjalanan pada kali ni. Keluarga aku, ramailah juga, yang tak sokong dengan keputusan aku mengambil kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ni. Salahkah niat aku untuk mendidik insan istimewa ini? Hinakah aku untuk membantu mereka? Ya, aku sedar dengan taraf 'pendidikan khas' aku takkan ke mana-mana. Aku tak nak ke mana-mana, aku tak nak gelaran hebat, tapi aku hanya nak gelaran 'guru' atau 'cikgu'. Aku tahu cikgu tak sehebat saintis yang membuat ujikaji dalam makmal, dengan potasium, magnesium, nitrat mahupun karbon. Aku tahu cikgu tak gah namanya seperti penghibur komuniti. Aku juga tahu cikgu tak sebijak doktor membaca penyakit pesakit. Namun yang aku tahu, saintis, penghibur mahupun doktor dididik oleh insan yang bernama guru.

  Hati aku sakit sangat apabila cemuhan demi cemuhan aku terima. Kata-kata negatif yang melemahkan semangatku untuk terus meniti usia di sini. Ayat-ayat yang buat naluri pendidik aku tersentuh:
"Awak tahu tak, kalau awak mengajar budak-budak camtu, awak pun jadi cam mereka! Anak-anak awak pun cacat macam mereka,"
"Buat apa nak sambung belajar hingga master? Bidang apa yang ada dalam pendidikan khas?"
"Pendidikan khas? Hahaha... boleh ke ni?"

  Ya Allah Ya Tuhan ku. Betapa luruhnya semangat aku apabila ada insan yang mempersoalkan niat aku. Ya, aku tahu mereka sekadar bertanya tetapi fahamlah wei, aku manusia, mereka pun manusia. Mungkin kalau kurang aku seorang sebagai bakal guru pendidikan khas tak ada masalah, tapi cuba bayangkan kalau semua berfikiran sempit seperti kamu. Siapa nak ajar anak-anak istimewa itu? Kenapa, korang rasa mereka tak berhak untuk bersekolah seperti anak-anak normal korang, adik-adik korang? Korang rasa diorang layak duduk di rumah saja, habiskan harta mak bapak diorang? 

  Sesiapa yang ada anak-anak istimewa fahamlah betapa sukarnya menjaga mereka. Tolonglah, tolonglah aku rayu sangat kepada sesiapa yang pandang rendah pada aku, pada kami bakal pendidik kanak-kanak khas, berilah kami semangat, jangan goyahkan lagi jiwa muda kami. Kami masih mentah. Kenapa perlu dipatahkan lagi semangat insan yang sudah bengkok? 

  Sekali lagi aku bertanya, salahkah pilihan aku? Salahkah? Aku dah usaha minta TESL di ipt tapi rezeki aku bukan di sana. UPU sudah penuh aku isi, tapi aku tak layak. Segala-galanya aku dah cuba tapi rezeki aku di sini, rezeki kawan-kawan aku di sini. Ada antara kami yang memerlukan sokongan, perangsang untuk terus berusaha menjadi pendidik yang terbaik. Bukalah mata hati korang. Tak salah untuk memberi pendapat tetapi janganlah sampai ada hati yang terguris kerana tidak semua yang kental jiwanya menerima kritikan keras. (~_~)

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...