Skip to main content

Hati Ini Masih Terluka

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.
   Dengar tajuk pun dah semacam...~ hehehe... Bukan terluka kerana kekasih hati (uik...) tetapi kerana insan yang bernama kawan & sahabat. Nah, aku hitamkan lagi dua insan itu! Ya, kawan & sahabat sama saja tapi bagi aku membawa erti yang berBEZA. Ya, 100% berbeza pada pandangan aku.

   Kawan - insan yang hadir di setiap persinggahan tetapi hadirnya hanya untuk kepentingan diri masing-masing & 1 proses menjalani kehidupan. Kawan ni bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Lepas je hujan bukbakbukbak turun ke bumi, ek-ek  tumbuh lak cendawan di celah-celah batu, rumput dan mana2 sahajalah. Insan sebegini aku percaya setiap orang dikelilingi oleh kawan.

   Sahabat - insan yang hadir di sesetengah persinggahan & hadirnya bukan dengan harapan palsu, mahupun janji-janji manis. Datangnya tidak disangka-sangka, perginya menggoreskan sekeping hati. Sahabat ni pula bagaikan sebutir mutiara dalam tiram. Apa, kau ingat setiap tiram hasilkan mutiara yang sangat2 bernilai? Susah nak jumpa tiram yang betul2 ada mutiara yang menjadi rebutan. Insan ini seseorang yang mampu & sanggup menerima segala kelebihan & kekurangan kita atau dengan kata lain, terima kita seadanya. Bersama-sama ketika susah & senang. Tadahkan telinga dengar cerita sekalipun topik tu kita paling tak suka. 

   Hati gadis ni selalu terluka di setiap persinggahan kerana kenaifan dirinya memberi ruang dalam persahabatan, kalah dalam sayang kepada kawan. Apabila menjadi sahabat, perlahan2 hati gadis ini dicuri dan pada masa yang sama disakiti. Sahabat yang aku pernah ada, menerima kehadiranku sebagai pendatang baru di tempatnya tetapi sekarang hilang, bagaikan ditelan bumi. Sahabat yang aku pernah ada, datang mereka kerana janji yang tersemai. Namun pergi mereka kerana pelbagai sebab sendiri ; cinta, hati terluka & kekangan hidup. 

   Buat sahabat2 aku yang masih menerima aku, aku ucapkan terima kasih. Seandainya aku tak diperlukan, lepaskan aku tapi berikan aku sebab kerana hanya logik akal yang akan membuatkan aku menamatkan sendiri taraf persahabatan kita. 

   Huhuhu.... sedih pula! Apa2 hal, hidup mesti diteruskan! Gambatte ~~ XD

Setiap detik teringatkan dikau
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau

Perlukah aku diltinggalkan?
Perlukah engkau melupakanku?
Perlukah ada rasa kesangsian?
Perlukah ada rasa rindu?

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...