Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Diam-diam Suka (E4)

Alifa Alifa Alifa Kaulah gadis jelita  Bilaku berjalan sebelah Terasa rusuk bergetar Alifa Alifa Alifa Kaulah yang mempersona Bilaku terdengar suaranya Hatiku terpaut jadi gila Hafiz tersenyum sendiri, sambil mendengar lagu yang sudah berbelas kali dimainkan oleh pemain muzik di telefon pintarnya. Setiap kali lagu itu dimainkan,  dia akan mengubah nama pada lirik asal lagu tersebut.  Sengaja Hafiz merapatkan kelopak matanya,  sambil membayangkan susuk tubuh Aisha Alifa.  Ya,  kalau pada pandangan nafsu,  susuk tubuh Aisha Alifa memang mematikan selera. Berbeza pada Hafiz,  susuk tubuh itu berjaya mencuit hati lelakinya. Sebaris senyuman terukir di bibir Hafiz. Kelopak mata dibuka kembali. Aroma kopi mengganggu fokusnya untuk berkhayal. Rakan serumahnya sedang duduk di sofa bertentangan,  sambil menghirup kopi panas. Keningnya digerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali.  "Kenapa? Ada masala...

Diam-diam Suka (E3)

Jam di pergelangan diperhati. Sudah menjadi tabiat gadis itu,  tiba awal di sesuatu tempat yang dijanjikan. Telefon pintar yang berada dalam beg tangan diambil. Keluhan halus terbit dari bibir Aisha Alifa apabila tiada satu pun pesanan yang masuk dalam peti simpanan mesej atau Whatapps . Disimpan semula telefonnya ke dalam beg tangan. Malas mahu menjadi tunggul di hadapan medan makan Aman Central,  Aisha Alifa mengatur langkah ke arah kawasan panggung wayang. Skrin yang memaparkan senarai filem baharu yang akan ditayangkan pada hari ini diperhati satu demi satu. "Assalamualaikum,". Aisha Alifa menoleh ke sebelah kiri. Spontan senyuman terlakar di bibirnya. "Waalaikummusalam," jawab Aisha Alifa. "Maaf sayang. Sesak betul dari Jitra tadi," ujar lelaki berkumis nipis itu, jujur. Aisha Alifa tersenyum. "Tidak mengapalah,  abang. Janji abang selamat sampai, Aisha sudah gembira," balas gadis bertudung merah jambu itu. Mustafa tersenyum lega. Salah...

Aminul Syafiq (26)

Tuala putih itu dicelup ke dalam besen berisi air, diangkat dan diperah perlahan. Kemudian diletakkan dengan lembut di dahi Damia.  "Panasnya kepala awak. Kita pergi klinik ya, Mia?" pujuk Hanim,  sambil tangannya mengelap perlahan-lahan dahi dan seluruh wajah sahabatnya itu. Dengan mata tertutup,  Damia menggeleng lemah. Hanim mengetap bibir tanda geram.  'Liat betul kalau ajak pergi klinik,' omelnya dalam hati. Malas mahu bertekak dengan sahabatnya itu,  Hanim bangun dan menapak ke luar bilik,  setelah selesai meletakkan tuala basah pada dahi Damia. Telefon bimbit yang setia berada dalam poket seluar dicapai. Jemarinya menekan butang-butang nombor. Seketika kemudian, telefon dilekapkan ke telinga. "Assalamualaikum,". "Waalaikummusalam. Angah, sibukkah?" tanya Hanim. Pada masa yang sama, dia mengatur langkah ke dapur. Aroma bubur nasi yang dimasak olehnya menjamah deria baunya. " Tak . Kenapa?" soal Fauzan. Suara abangnya ke...

Diam-diam Suka (E2)

Kebenaran dan Penerimaan Pantulan diri pada cermin diperhati seketika.  Apabila puas hati dengan penampilan dirinya, Hamidah tersenyum puas. Dia bergerak menghampiri katil,  lalu mencapai beg tangan yang diletakkan di hujung katil.  "Abang tak mahu ikut kami sekali?" tanya Hamidah buat kali yang kedua. Khairil menggeleng perlahan. Matanya masih tertancap pada majalah yang sedang dibaca. "Abang,". "Ya,  sayang?" ujar Khalil membalas panggilan isterinya. Walaupun perkahwinan mereka telah mencecah 26 tahun, Khairil masih memanggil Hamidah dengan panggilan manja.  " Emm ...,". "Risaulah tu ,". "Risau?  Maksud abang?". "Saya kenal kesayangan saya ni . Awak risau kalau cikgu baharu tu tiada hati pada anak saudara awak, bukan?" teka Khalil. Majalah di tangan telah ditutup. Kini perhatiannya beralih kepada isterinya. Hamidah tidak mengangguk mahupun menggeleng. Sebaliknya,  dia melabuhkan punggung di bir...