Assalamualaikum dan salam musim bola!
Uit, jangan cepat terpengaruh dengan tajuk ya!
Hahahahaha… Entri pada kali ini aku ingin bercerita mengenai rahsia dalam
pembikinan videografi. Err… boleh kot dipanggil videografi! Ehek…~
Secara ringkasnya, minat mengedit video atau gambar
ini mula bertapak dalam diri aku pada kali pertama aku menyelongkar komputer
milik ayah dan menemui ‘Windows Movie Maker’. Perlahan-lahan, aku belajar
melalui penerokaan. Sehinggalah saat ini, minat aku pada videografi kian
meningkat.
Selalu juga aku berfikir sendiri, di saat aku melihat
semula video kenangan kelas, video JPP, kenapa ada video yang aku suka tengok
dan aku tidak berminat untuk tonton semula? Rupa-rupanya, rasa cinta yang wujud
semasa proses pembikinan video itu sendiri.
Mengarut? Tidaklah. Jiwang? Excuse me, I’m telling
the truth. Ala, samalah macam memasak. Kalau masakan itu dibuat khas untuk
seseorang yang istimewa dan dalam emosi yang stabil (bahan-bahan yang betul
paling utama), hasilnya, sedap sehingga menjilat jari.
Begitulah juga dalam mengedit video. Contohnya, aku
ambil video ‘Diari JPP V2 (Aktiviti Luar)’. Sepanjang proses memilih gambar dan
video, mengedit, memilih lagu dan reka bentuk, aku hanya akan lakukan semasa
emosi aku betul-betul baik dan pada masa yang sama, aku akan cuba mengenang
semula memori manis dengan insan-insan yang terdapat dalam video itu. Bukan
mahu mengangkat diri sendiri, tetapi hasilnya, aku paling suka tengok video
itu. Setiap kali tengok pula, masa itulah mula nak rindu sampai tergolek.
Hahaha… Terukkan?
Baiklah, sebelum jemari aku rancak merapu,
konklusinya, dalam setiap kerja buat kita, andai ada secubit pun rasa cinta,
insyaallah, akan ada rasa kepuasan dan kemanisan. Jika tiada langsung rasa
cinta, cuba cari. Cuba wujudkan dalam hati. Ikhlaskan diri. Bagaimana?
(senyum). Ada masa, panjang umur, akan aku ceritakan kemudian.
Nota kaki: Minat pada hasil editing seseorang di IPDA.
Dulu aku cemburu, sekarang dia sumber untuk aku belajar mengenai reka bentuk
dalam penghasilan video. n_n
Comments
Post a Comment