Assalamualaikum dan salam rindu dari anak perantau yang merantau di Kedah.
Selama ini kita (girls)
selalu diura-urakan dengan sikap wanita yang di-reject. Jom, kita
cuba baca, faham dan fikir, betul atau tidak.
1. Menyebarkan
cerita
Ha… Ini realiti
punya hal! Selama ini masyarakat disogok dengan kisah bahawa wanita ‘mulut
tempayan’. Lelaki zaman sekarang mulut mengalahkan kaum Hawa. Bukan semua
tetapi yakinlah, ada. Cerita yang disebarkan pula kalau betul, kitalah yang
malu. Ya idok? Kalau sebaliknya? Aish, jatuh air muka dan saham jugalah.
Hahahaha.. Ini bukan rekaan ya, walaupun saya suka berimaginasi. Lelaki seperti
ini, entahlah. Cuba bersangka baik, mungkin dia terlalu kecewa apabila cinta
dia tidak disambut oleh wanita yang disayangi. Apa bahasa sekarang, crush?
Ehek….
2. Perasan bagus
Untuk jaga air
muka, ya, memang sikap lelaki punyai ego. Namun ego dan perasan bagus dua
perkara yang berbeza. Ehek..~ Mohon jangan buat kaum Hawa naik bosan dan
menyampah dengan cerita bajet bagus dan ‘panas’ kamu ya, duhai lelaki pujaan
ramai! Bosan, faham! Bosan dengan cerita tinggi melangit. Ya, tidak salah untuk
bercerita kelebihan kamu dengan niat untuk memancing gadis pujaan tetapi mohon
guna kaedah, strategi atau teknik yang sesuai dan senonoh.
3. Melebihkan ego
Diulangi, lelaki
wajib ada ego tetapi harus berpada-pada.
Dia wanita dan kamu lelaki. Kenapa harus ditinggikan ego setinggi Gunung
Kinabalu? Perlukah digadai atau dirosakkan hubungan, hanya kerana nilai ego?
Oh, lupa! Ego lagi baik daripada menjaga hati orang sekeliling. Fikirkanlah!
4. Mulut Manis
Ha, ini golongan
yang zaman sekarang dikenali sebagai sweet talker! Eh, gelilah! Bukan
semua wanita akan jatuh chenta dengan lelaki begini. Romantis dengan mulut
manis berbeza ya. Romantis hanya pada insan yang istimewa sahaja. Mulut manis?
Semua dibedalnya. Tolong jangan gunakan
kelebihan ‘manis’ kamu itu untuk memenangi hati setiap gadis.
Namun, perkara
yang kita tidak suka pada lelaki, sama sahaja lelaki tidak suka perempuan
seperti di atas. Ya, memang ada lelaki yang teruk tetapi salahkah kita untuk
terus berbaik sangka dan berdoa bahawa dia mampu berubah, memimpin sebuah
keluarga berlandaskan syariat agama? Masing-masing ada kepercayaan, ada akal,
pilihlah yang terbaik. Perubahan boleh berlaku, semuanya atas kehendak diri
sendiri dan DIA YANG Maha Esa.
Nota kaki: Puas
kecewa tapi terus berdoa pada Yang Maha Esa agar terus diberi kekuatan untuk
meniti hari-hari di sini. Jodoh rahsia Allah, sama seperti mati!
n_n
Comments
Post a Comment