Skip to main content

Stigma

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Pantai Timur Malaysia.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang dan ilham lagi untuk menaip. Entri pada kali ini mengenai stigma masyarakat luar terhadap orang Pantai Timur Malaysia. Ditujukan khas, kepada komuniti yang bahasa loghat yang terlalu sukar untuk hilang; Kelantan dan Terengganu. Sebelum kalian melanjutkan pembacaan, ingin aku nyatakan bahawa ini bukan berdasarkan pendapat aku semata-mata, tetapi memang berlaku dihadapan mata aku, dalam kehidupan aku. Ehek…~ bezanya aku tidak bertindak kerana aku seorang gadis ayu. Ha.. sep kito jange nok nganyim ko ambo ‘kocok boto budu’ lah! Sajo ambo tulih kot bahasa baku, bia oghe lua bulih baco sekali.

Pernah sekali, seorang sahabat aku bertanya,”Babe, I heard that Kelantanese only be friend with their own people? Is that correct?”. Hok dop pehe bahasa Inggeris ni, Google deh! Aku ketawa. Aku balas balik.
Well, sekarang ni you nampak I tak berkawan dengan you? We’ve known for almost 3 years. So, what do you think?”.

Gadis cantik itu terdiam. Ya, dia tolak tanggapan itu. Aku tidak salahkan dia, tetapi itu persepsi masyarakat luar. Mungkin insan yang menyebarkan berita palsu itu tidak dapat berkawan dengan orang Pantai Timur. Aku ketawa. Ya, aku akui, sebagai orang Kelantan, rasa teruja meluap-luap apabila bertemu orang serelung; yakni orang negeri sendiri. Mungkin nilai Kelantan itu tinggi, aku rindu untuk berbual dalam loghat Kelantan. Semestinya, kami akan berbual apabila berjumpa sesama orang Kelantan di luar. Ehek..~ Aku pun boleh jika mahu wujudkan stigma, persepsi negatif mengenai orang dari negeri-negeri yang mempunyai loghat pekat, dialek yang tidak difahami oleh masyarakat lain.

Baiklah, kalau aku salah, sila sanggah penyataan ku ini. Seandainya orang Sarawak bertemu dengan orang Sarawak. Bukankah PELIK, JANGGAL kalau berbual menggunakan bahasa baku? Sudah semestinya menggunakan bahasa negeri mereka. Ha…~ ikutlah mana-mana negeri pun! Apabila ada rasa kesedaran, rasa bangga dengan budaya kenegerian, tidak malu dengan dialek komuniti mereka, pasti akan dituturkan.

Peristiwa ini sudah lama berlaku, semasa aku belajar di sebuah matrikulasi di Pantai Timur Malaysia. Lawak pun ada, geram tahap piza panas pun ada! Eheh. Mungkin aku pernah nyatakan dalam entri aku dua, tiga tahun lalu, tetapi memang tidak beradablah. Aku dan kawan aku (Kelantan), tengah berjalan ke dewan. Terdengar perbualan lelaki-bajet-baik.

“Eww, aku pantang betullah! Aku sebilik dengan orang Kelantan. Ish, aku tak suka orang Kelantan. Pengotor gila! Makan macam b**i!”.

Ha, masa itu Allah sahajalah yang Maha Mengetahui, betapa panasnya hati aku! Kalau ikutkan naluri-palsu-jantan yang ada masa itu, aku terkam dan belasah dia! Ha..~ Namun disebabkan aku kawal ayu, berlakon tidak dengar, aku beri isyarat mata pada kawan aku. Let’s the game begin!

Pantas aku tarik tangan kawan aku, melintasi kumpulan lelaki tidak beradab itu.
Awok, panah eh ghaso hari ni? Bakpo eh?”.
Tau eh! Panah gop ni,”.
Aku jelling lelaki itu, maut punya jelingan. Ahaks… Mereka terus mengunci mulut. Kamu, tukang carut, nasib baik aku jenis susah mahu mengingati muka orang. Oh, ini boleh jadi ciri-ciri lelaki yang di-REJECT!

Aku berbaik sangka. Mungkin chenta dia ditolak oleh gadis Kelantan atau mungkin dia sendiri tidak sehebat lelaki Kelantan. Oppsss…. TERpuji lelaki Kelantan! Opsss…~ Hahahaha…. Tidak kiralah kamu lelaki atau perempuan, mohon sangat beradab. Beri, mesej atau apa-apa sahajalah pada aku, SATU SEBAB KUKUH kenapa benci sangat dengan orang Pantai Timur? Kamu ada sejarah hitam dengan seorang dua orang kami? Get yourself a real life and come back to our religions! Ikutlah kamu beragama Islam, Buddha atau Hindu, setiap agama aku yakin menerapkan nilai-nilai murni.

Eh, aku hairanlah! Busuk, buruk dan tidak beradab sangatkah orang Kelantan? Hohoho… Mungkin kamu tersalah berkawan dengan orang Pantai Timur yang baru belajar mahu mengenali dunia luar. Mahu mengenali orang Kelantan? Orang Terengganu? Come and be friend with my classmates! Aku bangga mengatakan kami 1 Malaysia. Hahahha…~.

Buat anak Pantai Timur yang akan sambung belajar di luar Kelantan dan Terengganu, usah takut, usah gundah. Demo nop kecek Kelate? Loh gi. Bia sep lua suko gulim-galok ko kito pom, asal kito tahu asal-usul kito dan berpege teguh denge agama Allah! Mahu berbahasa baku? Bercakap sahajalah! Biarlah ditertawakan oleh rakan-rakan Pantai Timur sekalipun, janji kita belajar kerana Allah.

Sudahlah. Sebelum merapu aku masuk ke muka surat ke tiga, konklusinya, jangan ada stigma tetap selagi kalian tidak mengenali, tidak bergaul dengan sesuatu komuniti dengan rapat. Ya, mungkin stigma dapat menjadi satu kayu ukur, panduan untuk kalian berhati-hati. Namun jangan sesekali dihina, dipandang rendah, sehingga terbina benteng untuk berkawan, menjalin hubungan. Tidak mahu bercakap mengenai hal politik, kerana aku hormat pandangan politik masing-masing.


Nota kaki: Aku daroh anok Kelate tetapi aku dop tahulah daroh anok aku satgi gapo sebab jodoh tu rahsia Allah. Hok pasti, aku B+. Eheks..~

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...