Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Wanita Gagah

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri diucapkan, maaf zahir batin. :) Berusaha menjadi gadis... Tidak, wanita! Wanita yang gagah; bukan bina badan, Tapi tersenyum di saat disakiti, Berani tatkala dipijak, Ketawa biarpun hati merindu. Kenapa? Banyak sebab, Salah satunya, Sebab janji yang dibuat, Beberapa bulan yang lalu, Dengan insan yang bergelar sahabat. Wanita ini mungkin tidak layak untuk berdiri dekat dengannya, Kerana kami bagai langit dan bumi; Namun kenapa harus merendah diri, Di saat Allah hadirkan sahabat yang hebat, Untuk melonjakkan semangat ku? :) Ya, Ingin menjadi wanita yang gagah, Untuk melupakan kisah lama, Mahu menjahit semula luka-luka zahir batin, Mahu bangkit dari rebah, Ingin menyapu semula debu-debu yang tersisa di lutut, Kerana ditolak oleh insan yang dipercayai. :) Jangan risau wahai pendera, Akan tiba masanya, Gadis ini menjadi wanita, Akan berdiri perlahan-lahan, Biarpun berpar...

Goyah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang kepada kita untuk merasai nikmat Ramadhan. Goyah? Bukan nafsu makan, okay ! :p Hari-hari yang memenatkan telah berlalu dan alhamdulillah, dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan, diri ini cuba bertahan dan bersabar dengan pelbagai ragam manusia yang menyakitkan hati. Namun dalam diam, ada perkara yang membuatkan semangat aku goyah. Mungkin aku perlu berhenti berharap. Atau perlukah aku teruskan bersemangat? Tibanya Ramadhan seterusnya, Aku berdoa tiada lagi memori manis, Yang akan menambahkan harapan ku. Tibanya Ramadhan kali ini, Aku berdoa agar DIA berikan aku kekuatan, Untuk berusaha menjaga hati. Nota kaki: Mungkin aku perlu hilang agar dia diuji.

4 Sikap Lelaki Yang di-Reject!

Assalamualaikum dan salam rindu  dari anak perantau yang merantau di Kedah. Selama ini kita ( girls ) selalu diura-urakan dengan sikap wanita yang di- reject . Jom, kita cuba baca, faham dan fikir, betul atau tidak. 1. Menyebarkan cerita Ha… Ini realiti punya hal! Selama ini masyarakat disogok dengan kisah bahawa wanita ‘mulut tempayan’. Lelaki zaman sekarang mulut mengalahkan kaum Hawa. Bukan semua tetapi yakinlah, ada. Cerita yang disebarkan pula kalau betul, kitalah yang malu. Ya idok ? Kalau sebaliknya? Aish, jatuh air muka dan saham jugalah. Hahahaha.. Ini bukan rekaan ya, walaupun saya suka berimaginasi. Lelaki seperti ini, entahlah. Cuba bersangka baik, mungkin dia terlalu kecewa apabila cinta dia tidak disambut oleh wanita yang disayangi. Apa bahasa sekarang, crush ? Ehek…. 2. Perasan bagus Untuk jaga air muka, ya, memang sikap lelaki punyai ego. Namun ego dan perasan bagus dua perkara yang berbeza. Ehek..~ Mohon jangan buat kaum Hawa naik bosan dan menyamp...

Rahsianya Adalah C.I.N.T.A

Assalamualaikum dan salam musim bola! Uit, jangan cepat terpengaruh dengan tajuk ya! Hahahahaha… Entri pada kali ini aku ingin bercerita mengenai rahsia dalam pembikinan videografi. Err… boleh kot dipanggil videografi! Ehek…~ Secara ringkasnya, minat mengedit video atau gambar ini  mula bertapak dalam diri aku pada kali pertama aku menyelongkar komputer milik ayah dan menemui ‘Windows Movie Maker’. Perlahan-lahan, aku belajar melalui penerokaan. Sehinggalah saat ini, minat aku pada videografi kian meningkat. Selalu juga aku berfikir sendiri, di saat aku melihat semula video kenangan kelas, video JPP, kenapa ada video yang aku suka tengok dan aku tidak berminat untuk tonton semula? Rupa-rupanya, rasa cinta yang wujud semasa proses pembikinan video itu sendiri. Mengarut? Tidaklah. Jiwang? Excuse me, I’m telling the truth . Ala, samalah macam memasak. Kalau masakan itu dibuat khas untuk seseorang yang istimewa dan dalam emosi yang stabil (bahan-bahan yang betul palin...

Stigma

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Pantai Timur Malaysia. Alhamdulillah, Allah bagi peluang dan ilham lagi untuk menaip. Entri pada kali ini mengenai stigma masyarakat luar terhadap orang Pantai Timur Malaysia. Ditujukan khas, kepada komuniti yang bahasa loghat yang terlalu sukar untuk hilang; Kelantan dan Terengganu. Sebelum kalian melanjutkan pembacaan, ingin aku nyatakan bahawa ini bukan berdasarkan pendapat aku semata-mata, tetapi memang berlaku dihadapan mata aku, dalam kehidupan aku. Ehek…~ bezanya aku tidak bertindak kerana aku seorang gadis ayu. Ha.. sep kito jange nok nganyim ko ambo ‘kocok boto budu’ lah! Sajo ambo tulih kot bahasa baku, bia oghe lua bulih baco sekali. Pernah sekali, seorang sahabat aku bertanya,” Babe, I heard that Kelantanese only be friend with their own people? Is that correct? ”. Hok dop pehe bahasa Inggeris ni, Google deh ! Aku ketawa. Aku balas balik. “ Well , sekarang ni you nampak I tak berkawan dengan you ? We’ve known for alm...