Skip to main content

Wanita Gagah

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri diucapkan, maaf zahir batin.




:)
Berusaha menjadi gadis...
Tidak, wanita!
Wanita yang gagah;
bukan bina badan,
Tapi tersenyum di saat disakiti,
Berani tatkala dipijak,
Ketawa biarpun hati merindu.

Kenapa?
Banyak sebab,
Salah satunya,
Sebab janji yang dibuat,
Beberapa bulan yang lalu,
Dengan insan yang bergelar sahabat.

Wanita ini mungkin tidak layak untuk berdiri dekat dengannya,
Kerana kami bagai langit dan bumi;
Namun kenapa harus merendah diri,
Di saat Allah hadirkan sahabat yang hebat,
Untuk melonjakkan semangat ku?

:)
Ya,
Ingin menjadi wanita yang gagah,
Untuk melupakan kisah lama,
Mahu menjahit semula luka-luka zahir batin,
Mahu bangkit dari rebah,
Ingin menyapu semula debu-debu yang tersisa di lutut,
Kerana ditolak oleh insan yang dipercayai.

:)
Jangan risau wahai pendera,
Akan tiba masanya,
Gadis ini menjadi wanita,
Akan berdiri perlahan-lahan,
Biarpun berparut,
Sekalipun masih ada nanah,
Akan ku ubati,
Sama ada sendiri atau pun berteman,
Semuanya kehendak Yang Maha Esa.

Gadis biasa ini;
Yang comot, gemuk, kelam-kabut,
Yang diam tatkala disakiti,
Yang menerima apa-apa sahaja penderaan mu,
Akan menjadi wanita yang gagah;
Matang dan tersenyum,
Biarpun kelak aku melihat kamu dengan insan lain,
Bertukar cincin,
Saat lafaz disahkan,
Aku akan tersenyum;
Dan aku mahu pastikan,
Di saat itu,
Hati wanita yang gagah mengatakan;
"Alhamdulillah, dia sudah bertemu jodoh dari-Nya. Maafkan segala kesilapannya dan insyaallah, akan tiba masanya, wanita gagah ini akan dimiliki oleh lelaki yang kuat; mampu mendidik,".

Jujur,
Wanita gagah itu akan tersenyum,
Dan di kala malam menjelma,
Dia akan menangis,
Hanya untuk satu malam.
Kenapa?
Kerana apabila mentari pagi menjelma,
Dia kembali tersenyum.




Nota kaki: Layan lagu 'Luahan Rasa' oleh Raqib Majid.

Tuhan,

Dengarkanlah aku ingin meluahkan rasa hati ini,

Tuhan,

Izinkan aku ingin menyanjung hati si dia....



Ku harap,

Bisa membahagiakan dia,

Selamanya dengan restu Mu....


Akanku bawa cintaku..
Akanku ukir cintanya...
Untuk mendapatkan,


Cinta Mu, Ya Tuhan..


Tuhan,

Izinkanlah aku,

Ingin menyentuh hati si dia...

Ku harap...

Bisa membahagiakan dia...

Selamanya dengan restu Mu....



Akanku bawa cintaku..

Akanku ukir cintanya...
Untuk mendapatkan,

Cinta Mu, Ya Tuhan..


Ku kan selalu menjagamu,

Ku kan selalu bersamamu,
Ku kan terus mencintai mu...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...