Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Wasiat #2#

Assalamualaikum. Kali ni, pesanan untuk keluarga tercinta. Mak, ayah. Siti tahu yang anak manja seorang ini selalu menyusahkan mak dan ayah. Siti selalu diam. Tidak beri sebarang reaksi apabila berbual. Maaf. -_- Anak manja ini suka mendengar sahaja. Menangkap setiap bicara kalian. Ingat tak masa anak nakal ini mengamuk? Maaf. Anak nakal ini mahu semua sedar bahawa dia mampu berfikir, mampu melindungi hak. Bukan anak manja yang mereka momokkan kepada mak ayah. Mak,ayah..... Kalau anak ini sempat menjaga kalian, insyallah, mak dan ayah akan Siti jaga....  Andai sebaliknya, halalkan segala-galanya. Maafkan segala perbuatan yang menyakitkan hati dahulu... Buat ahli keluarga yang lain, ampun maaf dipohon. Jaga hati. Jaga solat. Jaga iman. \(^_^)/

Wasiat #1#

Assalamualaikum dan salam rindu buat puteri-puteri Mujahidah. Tiada apa-apa yang mampu dicoretkan di sini, untuk menggambarkan perasaan ini apabila Allah tentukan ku dengan kalian. Alhamdulillah. Subhanallah. Di kala aku kian jauh, Allah jadikan kalian sebagai perantara untuk mengingatkan aku. Malu. Rendah diri. Aku mungkin tidak banyak bicara dan persoalan yang aku  tanyakan. Mungkin kalian bosan dengan reaksi ku, sekadar mendengar. Jujur, apabila kalian berkongsi ilmu milik-Nya kepada ku, aku gembira. Mungkin aku telah banyak menyusahkan kalian. Melukakan dalam diam. Maafkan aku untuk segala kesilapan ku, mahupun yang sedar atau  tidak. Maafkan aku untuk segala perbuatan buruk ku pada kalian. Halalkan segala yang pernah kita kongsikan. ^_^

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...

Google Drive - Jom, Menaip Pada Jarak Jauh!

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati pantai timur yang berada di utara tanah air. ^_^ Alhamdulillah, kuliah da mula balik. Rindu kawan-kawan IPDA. Baiklah, pada kali ini saya mahu berkongsi ilmu mudah mengenai Google Drive . -_- Mungkin ramai dah mahir tetapi tutorial ini khas untuk kalian. ^_^ Secara ringkasnya, saya belajar ilmu ini semasa bengkel TMK pada semester lepas. ^_^ FYI , dengan nasihat sahabat, saya letakkan tutorial ini ke dalam blog saya ini. Dikenali sebagai Cloud Computing . Kelebihan, boleh melakukan tugasan ( words, presentation, spreadsheet & drawing ) dalam alam maya dan boleh diedit secara langsung pada satu masa. Kalau komputer riba kita kena format , dokumen tidak akan hilang sebab dokumen tersebut disimpan di dalam e-mel kita. Yang syiok nya, boleh buka di mana-mana komputer! Janji JANGAN LUPA E-MEL anda. Hehehehe...... Jom, tinjau tutorial di bawah! 1. Pastikan anda ada akaun e-mel 'gmail'. Kalau sudah ada, ...

Warkah Buat Sahabat (3)

Assalamualaikum dan salam rindu dari insan biasa ini. Hai, awak! Si gula hati yang baharu menjengah ke dalam diari hidup saya. Maaf kalau warkah saya pada kali ini mengganggu ketenteraman awak untuk belajar. Awak, Saya tahu saya banyak kelemahan. Saya garang. Suara kuat. Suka merajuk. Kuat nangis. Makan banyak! (opsss...~) Saya juga tahu yang awak; Manja. Baik hati. Tulus. Tapi awak sama ganaz je dengan saya! Hehehe..~~ Kah~Kah~Kah... (gelak tak ikhlas!). Awak, Ingat tak awak pernah kata, "Saya takde pun kawan baik kat sini," Awak tahu tak, Bergetar jiwa saya masa tu. Siapa saya pada awak? Mungkin saya ini hanya insan biasa. Saya redha. Lama-kelamaan, Saya bagaikan lupa sebaris ayat yang menjentik hati saya, Dai hari ke hari, Saya makin sayang dengan awak. Saya sedar itu. Kelu. Keliru. Sukar untuk luahkan kepada awak. Sedarkah awak yang kita ada persamaan? Harap awak sedar. Apa pun kekurangan awak...

Warkah Buat Sahabat (2)

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi peluang untuk menghirup udara 1 Rejab. Sahabat ku, dengan berlapang dada, dengan rasa rindu kepada mu, jemari ini sekali lagi menari di atas papan kekunci. Sahabat, Ingat tak saat kita gelak ketawa? Masa seakan terhenti seketika dan aku memandang seraut wajah manis mu. "Ya Allah, cintanya aku kepada insan yang Engkau temukan ini! Ya Allah, janganlah senyuman itu terpadam kerana sikap mungkar ku,". Sahabat, Ingat tak semasa kita berduka? Aku memandang diri mu dan mendiamkan diri. Bukan aku sengaja mengunci bicara. Namun aku lebih suka andai engkau yang meluahkan rasa. Sedarkah engkau di saat itu sekeping hati yang lemah ini juga bersedih? Sahabat, Aku paling takut Tatkala marah menguasai mu. Aku bingung. Sekadar mampu mengunci bibir dan mendengar omelan mu. Sahabat, Tibanya Rejab Bermakna kita semakin hampir dengan Ramadhan. Tiba-ti...

Warkah Buat Sahabat

Assalamualaikum & salam rindu dari anak jati Kelantan. Khas buat sahabat ku yang membaca warkah ini. Sahabat ku, pertemuan kita adalah aturan dari-NYA dan aku bersyukur dengan ketentuan-NYA. Masihkah kau ingat kali pertama pertemuan kita? ^_^ Sahabat, Tiada insan yang sempurna di dunia ini, termasuklah diri ku. Kemaafan dipohon andai aku sering melukakan diri mu. Aku cuba menjadi sahabat terbaik untuk mu. Namun kelemahan ku ada tikanya menjarakkan kita. Aku sedar itu, duhai sahabat. Bicara ku ada kalanya menghiris hati mu. Maaf. Ada saatnya aku garang dengan mu. Maaf. Sahabat, Di pelabuhan pada kali ini, dugaan demi dugaan melanda kita. Namun disalurkan oleh-Nya kekuatan melalui mu. Saat aku rebah, DIA hadirkan engkau untuk ku. Tika kau lemah, adakah aku DIA hadirkan untuk tenangkan mu? ^_^ Sahabat, Andai ini adalah warkah terakhir dari ku buat mu, maafkan segala silap ku. Halalkan setiap rezeki yang dikongsi bersama-sama. Andai ini kali terakhir jemari menari di ata...

Ujian Demi Ujian

Assalamualaikum & salam rindu dari anak jati Kelantan. Januari sudah melabuhkan tirai. Februari pula sudah menjengah ke tengah. Sedar tak sedar, blog ini sudah berhabuk. Sibuk dengan sisa tanggungjawab. Bukan sebagai JPP, tetapi sebagai SPRK _ Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus. Yeah , kami sudah bubar! Namun tidak bermakna tugas kami terhenti di sini. Ada satu lagi projek besar yang bakal menyusul, insyaallah. Projek apa? Nanti akan diceritakan kelak. Pejam celik, rupa-rupanya banyak perkara yang berlaku dalam sebulan lebih ini. Kisah 1: Cepat Siapkan! Walaupun SPRK, tugas ku dan rakan-rakan biro masih sama _ mencari, mereka dan menghasilkan sesuatu untuk SPRK. Jujur, tugas tersebut ku terima dengan hati terbuka kerana rakan-rakan seperjuangan berkongsi pandangan dan rasa dalam proses pembikinan video. Perit lelah, usaha, suka dan duka dikongsi bersama-sama. Biasalah,dalam apa-apa jua perkara, akan ada selisih faham dan ketidakfahaman antara diri ini dengan or...

2013 - Surat Untuk Adik

Assalamualaikum & salam sejahtera dari anak jati Kelantan. Alhamdulillah, semester baru sudah pun bermula dan sekali lagi diberi peluang oleh-NYA untuk hidup di bumi milik-NYA ini. Buat permulaan ini, hanya mahu berkongsi mengenai 1 perkara, istimewa buat adik-adik ku di kampung sana. Adik yang disayangi, Kakak tak tahu apa pandangan adik-adik kakak terhadap diri kakak. Kakak tahu kakak banyak kekurangan. Kali ini, kakak ingin berkongsi mengenai sesuatu yang kita semua terlepas pandang. Agak-agaknya, apa ya adik-adik? ^_^ Adik yang dirindui, Kakak masih ingat bagaimana penerimaan kalian tatkala kakak menjejakkan kaki ke kampung dengan 'gaya' yang baru. Kakak tahu adik-adik kakak masih lagi mentah. Namun entah mengapa, sedikit ego kakak tercalar. "Ala, dah jadi ustazah ye!" "Nak keluar kejap pun pakai sarung kaki?" "Wah, pakai jubah! Ya habibi ya ustazah!" Saat itu, kakak pendamkan semua dalam hati. Adik ingat kakak tidak ter...