Skip to main content

Warkah Buat Sahabat (2)

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan.

Syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi peluang untuk menghirup udara 1 Rejab.
Sahabat ku, dengan berlapang dada, dengan rasa rindu kepada mu, jemari ini sekali lagi menari di atas papan kekunci.

Sahabat,
Ingat tak saat kita gelak ketawa?
Masa seakan terhenti seketika dan aku memandang seraut wajah manis mu.
"Ya Allah, cintanya aku kepada insan yang Engkau temukan ini! Ya Allah, janganlah senyuman itu terpadam kerana sikap mungkar ku,".

Sahabat,
Ingat tak semasa kita berduka?
Aku memandang diri mu dan mendiamkan diri.
Bukan aku sengaja mengunci bicara.
Namun aku lebih suka andai engkau yang meluahkan rasa.
Sedarkah engkau di saat itu sekeping hati yang lemah ini juga bersedih?

Sahabat,
Aku paling takut
Tatkala marah menguasai mu.
Aku bingung.
Sekadar mampu mengunci bibir dan mendengar omelan mu.

Sahabat,
Tibanya Rejab
Bermakna kita semakin hampir dengan Ramadhan.
Tiba-tiba benak ku mencari memori lama kita.
Bersahur.
Berpuasa.
Belajar.
Iftar.
Tarawih.
Kita lakukan bersama-sama, di saat kita berjauhan dengan keluarga tercinta.
Tiada apakah makna bagi mu?
Bagi ku, semua itu bermakna.
Melalui hari-hari yang penuh keberkatan bersama mu.

Andai diri ini sempat merasai nikmat Ramadhan tahun ini bersama mu,
Akulah insan paling bertuah.
Insyaallah.

"Maaf. Aku pernah menyakiti mu, meragui keikhlasan mu. Aku bukan sahabat terbaik untuk mu tetapi aku berusaha menjadi sahabat yang baik dan berguna buat mu,".

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...