Skip to main content

Warkah Buat Sahabat (3)

Assalamualaikum dan salam rindu dari insan biasa ini.

Hai, awak! Si gula hati yang baharu menjengah ke dalam diari hidup saya.
Maaf kalau warkah saya pada kali ini mengganggu ketenteraman awak untuk belajar.

Awak,
Saya tahu saya banyak kelemahan.
Saya garang.
Suara kuat.
Suka merajuk.
Kuat nangis.
Makan banyak! (opsss...~)
Saya juga tahu yang awak;
Manja.
Baik hati.
Tulus.
Tapi awak sama ganaz je dengan saya!
Hehehe..~~ Kah~Kah~Kah... (gelak tak ikhlas!).

Awak,
Ingat tak awak pernah kata,
"Saya takde pun kawan baik kat sini,"
Awak tahu tak,
Bergetar jiwa saya masa tu.
Siapa saya pada awak?
Mungkin saya ini hanya insan biasa.
Saya redha.

Lama-kelamaan,
Saya bagaikan lupa sebaris ayat yang menjentik hati saya,
Dai hari ke hari,
Saya makin sayang dengan awak.
Saya sedar itu.
Kelu.
Keliru.
Sukar untuk luahkan kepada awak.

Sedarkah awak yang kita ada persamaan?
Harap awak sedar.
Apa pun kekurangan awak,
Saya terima dengan redha,
Sebab kalau ikhlas bersahabat,
Segala-galanya mengenai dirinya kita terima.
Perkara yang boleh diubah,
Dilakukan bersama-sama.

Awak,
Mungkin saya gadis paling aneh,
Suka manja dengan awak,
Suka bila awak pegang telinga saya,
Suka bila awak benarkan saya pegang lengan awak,
Suka bila awak jujur dengan saya.

Awak,
Saya bukan sahabat yang paling baik,
Tapi saya cuba berubah ke arah kebaikan,
Kerana kita janji nak ke jannah sama-sama, kan?

Awak,
Saya tak tahu sampai bila kita mampu bersama-sama,
Melangkah ke kafe,
Pergi usrah,
Menangis sama-sama,
Berkongsi katil yang kecil itu.
Andai satu hari nanti saya pergi dulu sebelum awak,
Sudi kiranya awak;
- bacakan Yasin untuk saya.
- beritahu si dia tentang rasa hati ini.
- maafkan salah silap saya sepanjang kita bersahabat.

Awak,
Maafkan saya.
Saya tak mampu jadi yang sempurna,
Atau sehebat sahabat idaman awak,
Ini adalah diri saya yang sebenar.


Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...