Skip to main content

2013 - Surat Untuk Adik

Assalamualaikum & salam sejahtera dari anak jati Kelantan.

Alhamdulillah, semester baru sudah pun bermula dan sekali lagi diberi peluang oleh-NYA untuk hidup di bumi milik-NYA ini. Buat permulaan ini, hanya mahu berkongsi mengenai 1 perkara, istimewa buat adik-adik ku di kampung sana.

Adik yang disayangi,
Kakak tak tahu apa pandangan adik-adik kakak terhadap diri kakak. Kakak tahu kakak banyak kekurangan. Kali ini, kakak ingin berkongsi mengenai sesuatu yang kita semua terlepas pandang. Agak-agaknya, apa ya adik-adik? ^_^

Adik yang dirindui,
Kakak masih ingat bagaimana penerimaan kalian tatkala kakak menjejakkan kaki ke kampung dengan 'gaya' yang baru. Kakak tahu adik-adik kakak masih lagi mentah. Namun entah mengapa, sedikit ego kakak tercalar.
"Ala, dah jadi ustazah ye!"
"Nak keluar kejap pun pakai sarung kaki?"
"Wah, pakai jubah! Ya habibi ya ustazah!"
Saat itu, kakak pendamkan semua dalam hati. Adik ingat kakak tidak terluka? Namun kerana sayangkan adik-adik kakak yang baru mengenali dunia, kakak diamkan.

Adik,
Tutup aurat tidak bermakna kakak sempurna. Tidak bermaksud kakak serba tahu segala-galanya. Adik, jangan bandingkan segala-galanya dengan diri kakak.

Di sini, kakak bertemu dengan sahabat-sahabat yang membuka mata dan minda kakak. Sebenarnya, itulah salah satu bentuk pertolongan dari-NYA. Sama ada kakak celik atau buta sahaja untuk menilai nikmat-NYA. Adik, kakak tidak sebaik yang adik jangkakan. Kakak mahu adik sedar mengenai sesuatu.

Adik masih muda. Adik, belajarlah untuk kenali diri-NYA dan betapa indahnya cinta-NYA.
Adik, kakak mengaku kakak pernah tersilap langkah, terjatuh dalam syurga dunia.
Adik, Allah ciptakan nafsu kepada kita. Namun mahukah kita terus kalah kepada nafsu itu?
Ya, benar adik-adik ku. Nafsu bukan membahagiakan tetapi ia melalaikan dan melarakan.

Adik-adik ku,
Terutamanya yang bakal menjadi gadis sunti. Jadilah seperti mawar berduri. Cantik dan lembut tetapi melindungi diri dengan duri. ^_^ . Faham? Hehehehe....~ Adik gadisku, jangan biarkan diri mu menjadi perhatian sang teruna dan lelaki bukan darah daging mu. Simpan diri mu hanya untuk lelaki yang bergelar suami mu. Adik gadisku, jangan terjerat dengan permainan cinta sang teruna. Kalian berharga kepada keluarga mu. 

Adik-adik ku,
Kakak pernah berkongsikan cerita peribadi kakak? Dan kalian tahu mengapa tiada seorang pun yang kakak labelkan sebagai kekasih? Sebabnya, kakak mahu menunggu jodoh yang Allah tetapkan. ^_^
Sekalipun kakak sayang seseorang itu, kakak belajar untuk bertahan. Kakak tahu kakak pernah tersilap. Jadi tiba masa untuk kakak berdiam diri. Cinta kononnya indah tetapi itu sekadar ayat untuk melegakan galau si nafsu. 

Adik yang dicintai,
Suka untuk kakak berkongsi mengenai kisah dan nasihat yang kakak peroleh.
"Ibadah itu bukan sekadar solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan bayar zakat. Ianya lebih meluas. Memungut sampah dan buangkan ke dalam tong sampah ibadah. Bersedekah pun ibadah,".
"Setiap perkara yang berlaku kepada kita, jangan salahkan takdir. Jangan sesekali berburuk sangka dengan Allah kerana Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang ditetapkan oleh-NYA,".
"Kalau kita nak Allah cinta kita, kita pun kenalah belajar menyintai Allah!".

Adik yang dirindui,
Kakak mahu adik mengenal satu perkara _ U.S.R.A.H. - Usrah. Adik-adik kakak cuba tanya apa makna usrah kepada ustaz atau ustazah di sekolah. Usrah bermakna keluarga. Selebihnya, cuba bertanya. ^_^
Cuba sarankan pada mereka,"Boleh tak ajar kami berusrah?". Hehehehe....~

Setakat ini sahajalah daripada kakak untuk adik-adik.
Ingat 1 perkara;



Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...