Skip to main content

Warkah Buat Sahabat

Assalamualaikum & salam rindu dari anak jati Kelantan.

Khas buat sahabat ku yang membaca warkah ini.
Sahabat ku, pertemuan kita adalah aturan dari-NYA dan aku bersyukur dengan ketentuan-NYA.
Masihkah kau ingat kali pertama pertemuan kita? ^_^

Sahabat,

Tiada insan yang sempurna di dunia ini, termasuklah diri ku. Kemaafan dipohon andai aku sering melukakan diri mu. Aku cuba menjadi sahabat terbaik untuk mu. Namun kelemahan ku ada tikanya menjarakkan kita. Aku sedar itu, duhai sahabat. Bicara ku ada kalanya menghiris hati mu. Maaf.
Ada saatnya aku garang dengan mu. Maaf.

Sahabat,

Di pelabuhan pada kali ini, dugaan demi dugaan melanda kita. Namun disalurkan oleh-Nya kekuatan melalui mu. Saat aku rebah, DIA hadirkan engkau untuk ku. Tika kau lemah, adakah aku DIA hadirkan untuk tenangkan mu? ^_^

Sahabat,

Andai ini adalah warkah terakhir dari ku buat mu, maafkan segala silap ku. Halalkan setiap rezeki yang dikongsi bersama-sama.
Andai ini kali terakhir jemari menari di atas kekunci, izinkan aku untuk meluahkan bicara;
- Berukhwahlah kerana-Nya.
- Redhalah dengan qada' & qadar Allah.
- Iringi ku dengan Al-Fatihah.
- Sedekahkan kepada ku ayat-ayat suci.


"Beruntunglah insan yang menemui sahabat sejati. Namun lebih beruntung jika sahabat itu mampu menyampaikan walaupun sebaris kata-kata kebaikan kepadanya,".
"Bersahabat bukan sekadar mengisi kekosongan jiwa,".
"Dalam dunia ni ada 2 jenis sahabat; yang mengajak kita ke arah kebaikan & yang mendorong kita ke arah kemungkaran".

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...