Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

.... Khas Untuk ....

Assalamualaikum & salam rindu. # Coretan ini khas untuk rakan-rakan seperjuangan. Maaf sekiranya bait-bait tulisan tidak gramatis, hilang keharmonian dan tidak segah penulis hebat yang lain. Jemari yang menari di papan kekunci ini mengikut rentak ilham yang DIA turunkan pada malam yang penuh berkat ini, datangnya dari hati yang ikhlas. Lahirnya dari cinta kepada kalian kerana Allah.# Sahabat ku, Pernah hati ini ragu Dengan apa yang berlaku Pernah hati ini menyoal "Kenapa mesti aku di sini?" "Siapa mereka pada aku?" Mungkin ada antara kita Yang mengungkapkan bait-bait yang sama. Saat keraguan menjarakkan hati ini, Ada sahabat-sahabat yang DIA dekatkan kepada ku Sebagai pencetus mengenali diri-NYA Selain cuba menerima kasih makhluk-NYA Cuma satu persoalan ku, Kenapa kali ini DIA hadirkan lagi kasih ini Sedangkan akan ada perpisahan antara kita kelak? Sahabat ku, Betapa hebatnya percaturan Allah Pertemuan dengan kali...

Buat Srikandi Seperjuangan

Assalamualaikum... Sahabat-sahabat ku, Izinkan aku mencoretkan rasa hati di sini Khas untuk kalian. Andai ada salah silap Kemaafan dipohon. Sahabat yang dikasihi kerana-NYA Saat kita melangkah bersama Si bayu datang menyapa ku Bagaikan bertanya kepada hati ku "Benarkah engkau menyayangi mereka sedangkan mereka meminggirkan mu?" Aku mendongak seketika Melihat gugusan awan gelap Ibarat memahami kegusaran ku. Aku lihat ke wajah kalian Dan aku tersenyum sendiri Menangkis segala kata bisikan bayu "Duhai bayu, mungkin aku masih lagi tidak yakin tapi satu sahaja yang aku percaya, Allah datangkan mereka ke dalam kamus hidup ku untuk melengkapkan lagi kelemahan diri ku". Sahabat yang dicintai kerana perjuangan Aku tidak pernah memahami Apa erti 'menyayangi kerana Allah' Sehinggalah satu hari DIA datangkan kepada ku Insan yang terpilih "Mencintai kerana Allah itu bagaikan Rasulallah dengan para sahabat. Men...

R.A.M.A.D.H.A.N

Assalamualaikum & salam Ramadhan. Bulan yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam hampir tiba. Bulan yang paling mulia dan pada bulan inilah umat Islam berlumba-lumba beribadah kepada-NYA. Yus terkenang zaman budak2 dulu. Iyalah, zaman tidak akil baligh lagi manalah Yus puasa. Kawan sebelah rumah pun sama. (Hehehhe..). Kadang2 macam nak putarkan balik waktu dulu _ saat Yus tidak kenal erti sayang. Tahu sayang itu wujud tapi tidak mengenal sedalam-dalamnya makna dan tanggungjawab 'sayang' itu. Kenapa tiba-tiba bercakap soal sayang sedangkan tajuk Yus mengenai Ramadhan, kan? Hehehe..... Sebenarnya, saat Yus tengah menulis ini, hati ini terasa kosong sangat. Sunyi. Ada teman-teman di hadapan tetapi entahlah. Yus cuba optimis. Mungkin sudah tiba masanya Yus tidak hiraukan sangat hati Yus ini. Sudah, tak mau tacing2 sangat! Mengimbau kenangan Ramadhan dulu-dulu.... Rumah Tok Dulu, ramai saudara-mara berkumpul di rumah tok. Bulan puasa adalah salah...

Selangkah Ke Selatan

Assalamualaikum & salam anak jati Kelantan. Minggu lepas, bersama-sama rakan seperjuangan JPP sesi 2012/2013, berangkat ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Itulah kali pertama kaki yang coMeL ini melawat IPG tersebut. Yang menariknya lagi, lawatan itu adalah konvoi beramai-ramai semua IPG Zon Utara. (Hui.hui.hui.... sempatlah jumpa beberapa teman yang pergi ke Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Pendidik di Ulu Kenas baru-baru ini~..). Lawatan pada kali ini adalah bertujuan melakukan satu 'batch marking' (kalau tak salah, dalam Bahasa Melayu disebut 'penanda aras'). Alhamdulillah, banyak maklumat yang Yus dapat kumpul. Perbandingan dapat dibuat antara BTM&P IPDA sendiri dengan IPG lain. Terpana sekejap apabila berada di tempat orang. Yus akui memang kagum sangat dengan IPGK PMM. Luas sangat.... (sampai Yus turun 2kg selepas melawat kawasan sekitar! Hehehehe...). Yus paling suka bilik pendidikan khas. Seperti di IPDA juga, di sana kursus m...