Sekali lagi Tina diberi peluang menyaksikan cinta seorang wanita kepada si kecilnya. Wanita itu adalah ibu. Semalam Tina melihat seorang bayi yang serba kekurangan. Si anak kecil yang dilahirkan tidak cukup umur tapi dia diberi peluang untuk bernafas di dunia yang penuh dengan kekusutan dan kekejaman ini. Jiwa keras Tina tersentuh tatkala melihat keadaan anak kecil itu. Kesukaran dia bernafas, kehilangan nikmat untuk menghisap susu seperti bayi lain dan keadaan dirinya membuatkan Tina terus memerhati bayi comel itu. Bagaimanakah keadaannya dua, tiga tahun lagi? Masihkah dia memerlukan perhatian dari si ibu? Mampukah dia terus bertahan? Ya, si ibu. Si ibu tidak mengeluh sebaliknya berusaha menyusukan si kecil itu. Entahlah. Sukar untuk Tina sendiri tafsirkan perasaan Tina apabila melihat si kecil itu terbatuk-batuk tatkala tiub kecil disuakan ke dalam mulutnya. Tiub itu tidak berhenti di situ sahaja. Perlahan-lahan si ibu...
My journey has started buT onLy Allah knows wHen it eNds..