Skip to main content

Ein #01

Assalamualaikum. *^▁^*

Wah, berhabuk blog!
Idea untuk mengarang kering-kontang, sekering petak-petak sawah sepanjang musim El Nino. ~ceh~
→_→

Jari-jemari rajin mahu berkongsi cerita; mengenai perkenalan dengan seorang lelaki.
≧﹏≦
Lelaki yang lebih matang berbanding aku, sabar melayan ragam wanita aku dan menerima aku seadanya aku. Perancangan masa hadapan sudah ada tetapi ALLAH merupakan sebaik-baik perancang.

Bertahun-tahun aku dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku bawa hati dan cuba untuk berkawan dengan insan yang aku kenal semenjak zaman sekolah tetapi tidak pernah berjumpa (berhubung melalui media sosial). Kemudian aku tersuka tanpa sengaja seorang kawan aku sendiri tapi aku tak pernah ada keberanian untuk meluahkan kepada dia.
Aku terus bagi peluang pada lelaki lain untuk sakitkan hati aku. Akhir sekali, aku putus asa.
Berbulan-bulan aku merawat hati aku. Aku cari keseronokan sendiri. Aku habiskan masa dengan kawan-kawan wanita aku. Sehinggalah, satu peristiwa mengubah aku; persepsi aku, kepercayaan aku dan keyakinan diri aku sendiri.

Pertama kali aku pandang dia, tiada perkataan lain dalam hati aku sendiri.
"COMEL~~~!".
_Kawan-kawan wanita aku boleh jadi saksi_
Aku biarkan, cuba untuk tidak melayan perasaan.
Ditakdirkan, dia menegur aku, semasa kali ketiga berurusan dengan dia atas urusan perniagaan.

Perkenalan yang singkat.
Dia beranikan diri meminta kebenaran ayah aku untuk berkawan.
Dia bawa aku jumpa keluarga dia.
Sejujurnya, aku rasa semua dalam sekelip mata.
::>_<::
Ini kali pertama, cinta pandang pertama aku berbalas.
~Ini serius...~

Aku sejenis manusia yang tidak letakkan pengharapan pada seseorang atau sesuatu perkara sebab aku tidak mahu kecewa. Namun, dia ada ciri-ciri yang aku rasakan mampu melengkapkan kekurangan aku.

(∩_∩)
Apa-apa pun, aku serahkan semua pada DIA.
DIA MAHA MENGETAHUI.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. &#128536;&#128536; 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? &#128514;&#128514;&#128514; Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Ambo Nok Ngepek Nih! :p

Assalamualaikum dan sale ghindu dari Pata Timur Semenanjung Malaysia. Yak, guano blog ambo dale bahaso pertamo ambo ni? Ngeehehehehe... Sajo jah. Sene nok ngupak sikit. Ni dok speaking sokmo, kecek lua tu po make budu ah. Hahahaha... Pehe dop? Takdok gapo. Sajo jah. Namo ambo, Yuna. Buke Yuna hok penyanyi tuh. Molek gak panggie ambo Husna, comey po tue dio ah. Hahahahah... Ya Allah, peghasee lah ambo nih! Umo, bia la rahsio sikit! Hahaha... Bakpo tok auh, nok wat senget sikit. Ambo lo ni, segho koho pelik jah. Segho panah peghut, pedih ulu hati bekali. Ado Gevisekong dop? Hahahaha.... Kalu oghe kato jange, hok tu ambo wat. Ghusim la gini gak. Kade-kade, dok nengung jugop meta! Yak bakpo jadi ginih? Tok puah hati sapo, dok auh. Hok beruntongnyo, Allah ttemu kea ambo nge bebeghapo oghe saem hok molep la, sekat dok ngaji Kedoh nuh. Sek yo tu gak, dok peringat ko ambo sokmo, ALLAH ado sokmo; dok kigho la ambo sene ko susoh. Sek yo kato agi, ambo ni jah; ingat...