Skip to main content

Aminul Syafiq (22)

Anak matanya memerhati setiap pergerakan dua puluh orang pelajar bawah jagaannya yang sedang berlari mengelilingi padang. Tugasnya sebagai pensyarah pembimbing untuk subjek Olahraga pada semester ini memaksa dia untuk memastikan setiap pelajarnya mempunyai stamina yang baik.
"Encik, penat!" rungut salah seorang pelajarnya yang berbadan montel. Azfar berpeluk tubuh.
"Tadi kamu yang turun awal dan pusing padang,kan?".
Lelaki itu mengangguk perlahan. Lencun kolar baju lelaki itu dibasahi peluh. Azfar menggaru-garu keningnya dengan jari telunjuk.
"Baiklah, kamu boleh pergi ke tepi padang dan sejukkan badan!".
"Terima kasih, encik!".
"Alaaa... Kami encik?".
"Yang lain teruskan lari sampai cukup tiga pusingan! Saya selalu pesan, turun awal untuk joging!".
"Encik.....,".
"Lari!".
Dengan rasa terpaksa, pelajar-pelajar yang lain meneruskan larian. Azfar tersenyum sumbing melihat perubahan raut wajah masing-masing. 'Balasan! Pemalas sangat,' bisik Azfar dalam hati. Keadaan yang berlaku seperti dejavu. Senyuman mati dari bibirnya.

***
*Beberapa Tahun Yang Lalu*

"Encik, biarlah Damia berehat! Dia dah keliling padang awal-awal lagi," ujar seorang pelajarnya yang sudah mengelilingi padang bola sebanyak dua kali. Pensyarah muda itu berpeluk tubuh dan memandang sebatang tubuh yang sekejap berlari-lari anak dan sekejap berhenti melepaskan lelah. "Betulkah? Pukul 7.30 pagi tadi saya lalu dengan kereta tak nampak pun dia," pensyarah baru itu cuba mencari kesahihan.

"Betul, encik! Lepas Subuh tadi dia terus turun padang. Katanya dia lari lambat. Kalau 7.30 baru nak turun, alamatnya pukul 8.30 baru dia masuk kelas," tambah gadis itu, merangkap teman sebilik Damia.

"Biarkan. Habiskan larian kamu dahulu,".

Gadis itu berlalu dengan raut kecewa. Terkilan kerana gagal memujuk pensyarahnya agar mengurangkan dendaan terhadap Damia. Apabila susuk gadis tadi kian jauh, pensyarah muda itu menjatuhkan pandangan kepada gadis bertubuh besar yang masih berusaha menamatkan larian.

"Damia!" jerit lelaki itu, apabila Damia melintas di hadapannya. Gadis itu memandangnya. 'Nampak benar penatnya!'.

"Pagi ni dah berapa pusingan kamu lari?".
"Ha...ha... Termasuk ni dah empat, a.... err.. Encik!".
"Tambah satu lagi! Kemudian, rehat,".

Tanpa membantah, gadis itu berlari-lari anak untuk menghabiskan lagi satu pusingan. Azfar tersenyum sumbing. 'Sahut cabaran aku nampaknya!'. Perbualan antara dia dan Damia semalam masih terngiang-ngiang di cupingnya.

"Esok kelas PJ dengan aku, kan?".
"Ya,".
"Esok, kalau kau buat lima pusingan, aku tunaikan apa-apa hajat kau,".
"Betul?".
"Ya,".
"Janji?".
"Janji!".

Azfar menggelengkan kepala. 'Apalah yang dia nak ni sampai lari sungguh-sungguh?' soal hati Azfar.

"Baiklah. Kelas tutorial kita pada hari ini setakat ini sahaja,".
Apabila Azfar menamatkan kelas setengah jam lebih awal, para pelajar tersenyum lebar dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Dia sudah faham kehendak perut masing-masing.

"Penyelaras subjek?".
"Ya, encik?".
"Awak datang bilik saya. Ada tugasan,".
"Baiklah,".

Damia mengerling ke arah pensyarah muda itu. Lelaki itu juga sedang memandangnya dengan ekor mata. Laju sahaja dia mengalihkan anak mata ke arah lantai. 'Main mata dalam kelas pula dia! Apahal nak jumpa aku ni? Setahu aku tugasan berkaitan subjek minggu depan akan diberi,' omel Damia dalam hati.

Sebaik sahaja Azfar melangkah keluar daripada bilik kelas tutorial, para pelajar mula berpusu-pusu keluar dan menapak ke arah kafe.
"Jom, kita pergi makan!".
"Jom!".
"Mia, jom sekali!" ajak Fahrin, rakan sekelasnya. Beberapa pasang mata memandang ke arah Fahrin sambil tersenyum penuh makna. "Ala, maaf awak! Encik Azfar panggil saya. Awak pergi dulu dengan kawan-kawan. Kalau sempat, saya pergi," balas Damia sambil tangannya ligat memasukkan buku dan alat tulis ke dalam beg.

"Baiklah. Awak nak kirim apa-apa tak?".
"Eh, sibuklah kau! Damia Husna ni ada kawan baik dan kawan baik dia ni akan tolong belikan! Kan, awak?" celah Fadila lalu mengenyitkan mata kepada Damia. Gadis berpipi tembam itu tersengih. Fahrin menarik muka masam.

"Mana-manalah! Siapa rajin belikan saya roti inti kaya dengan air susu kotak! Bye! Nanti membebel pula Encik Azfar!" ujar Damia lalu dengan kalut keluar.

"Kau ni kacau daunlah!".
"Apa kacau daun? Kau syok pada Mia ek?".
"Ma.....mana ada!".

Beberapa orang rakan sekelas yang masih berada di dalam kelas, tersengih mendengar perbualan antara Fadila dan Fahrin. Bahu Fahrin dipeluk oleh Paul. "Bro, lambat mengaku nanti kena kebas!" selamba sahaja dia mengusik Fahrin. Fadila dan dua orang gadis ketawa mendengar bicara Paul.

Tok! Tok!
"Masuk!".
"Assalamualaikum, encik,".
"Waalaikumsalam. Jauh sangat jarak kelas dengan bilik saya?".
"Maaf, encik,".
Damia tercegat di hadapan pintu. Dia menunduk memandang lantai.
"Masuk. Tutup dan kunci pintu tu," arah Azfar. Suaranya dilembutkan, tidak setegas apabila berhadapan dengan pelajar-pelajarnya. Damia tidak membantah. Dengan perasaan ragu-ragu dan malu, dia menutup dan mengunci pintu. Dia masih tercegat kaku di hadapan pintu. Azfar pula menutup tirai tingkap.
"Kenapa? Tak pandai nak bersalam dengan suami sendiri?".
Apabila mendengar sindiran Azfar, Damia bagaikan direnjat elektrik dan menapak laju menghampiri Azfar. Tangan lelaki itu dicapai dan dikucup. Azfar tersenyum melihat tingkah laku gadis di hadapannya. Tanpa dijangka, Azfar menggenggam tangan gadis itu dan menariknya ke dalam pelukan.
"A...awak! Saya berpeluh ni!".
"Takpe,".
"Awak,".
"Takkan lepaskan kalau tak panggil saya seperti biasa!".
"Ab... hu.... Lepaslah,".
"Say it!".

Damia mula lemas dalam pelukan lelaki itu. Mujurlah lelaki itu lebih tinggi berbandingnya. Jika tidak, mungkin dia boleh pengsan menatap sepasang mata milik Azfar. Makin kemas pelukan suaminya.
"Abang, lepaskan Mia. Please?".
"Baiklah,".
Pipi Damia berubah warna dan itulah yang menjadi daya penarik pada Azfar. Dia mencubit kedua-dua belah pipi Damia apabila melihat gadis itu menarik muncung panjang, tanda tidak puas hati apabila diusik oleh si suami.
"Kenapa abang panggil Mia?".
"Sejak bila abang tak boleh panggil isteri abang sendiri? Dah, duduklah dulu. Kita berbual," kata Azfar lalu menarik tangan Damia. Azfar duduk di sofa tetapi Damia masih berdiri.
"Kenapa tak nak duduk ni, isteri kesayangan ku?".
"Saya bau peluhlah, abang,".
Azfar berdecit perlahan. Pergelangan Damia disambar lalu diheret sehinggakan Damia terduduk di sofa itu.
"Awak ingat tubuh awak besar saya tak boleh nak heret awak duduk? Lebih daripada itu saya boleh buat,".
Meremang bulu roma Damia apabila Azfar berbisik di telinganya. Azfar memeluknya dari belakang. Semakin seram sejuk dia rasakan apabila lelaki itu menunjukkan tingkah laku yang berbeza berbanding biasa.
"Awak bau masamlah, sayang,".
"Sa... saya dah kata,".
"But it is okay!".
'Kenapa lain macam suami aku ni? Tak pernah buat perangai pelik begini,' detik Damia dalam hati. Dia mesti cari jalan untuk melepaskan diri daripada pelukan Azfar.
"Abang,".
"Hmm?".
"Sa... saya ada kelas pukul 10 nanti,".
"Lima belas minit lagi, kan? Bagilah masa abang lepas rindu kejap,".
'Ah, sudah! Baru pergi kursus seminggu jadi lain macam ni? Pergi kursus apa ni?'.
Damia membiarkan sahaja perbuatan Azfar. Lelaki itu terus memeluknya.

"Abang,".
"Ya?".
"Kenapa...,".
"Kenapa apa?".
"Dalam telefon semalam... abang....,".
"Bahasakan kau aku? Itu persoalan awak?".
"Ya,".
"Hmm... Entah. Sengaja tak nak hati ni rindu awak sangat,".
Damia terdiam. 'Apa punya penjelasanlah?'. Damia mengunci bicara seketika. Di awal pernikahan pun, Azfar memang menggunakan kata ganti 'kau' dan 'aku'. Semenjak akhir-akhir ini, lelaki itu mula berubah sikap. Seperti sekarang. Damia mula rimas. Pada masa yang sama risau seandainya ada pensyarah atau pelajar datang mengetuk pintu bilik Azfar.

"Abang, I need to go now,".
"Hmm....,".
"Abang!".
"Okay! Okay!".
Pelukan dilonggarkan. Azfar berdiri dan melutut di hadapan Damia. Gadis itu hairan. Azfar menggenggam kedua-dua tangan Damia.
"Damia Husna, saya tahu saya dah banyak sakitkan hati awak, hina awak, biarkan awak sepanjang setahun kita kahwin ni. Tapi beri saya peluang untuk baiki semula hubungan ini. Saya cuba sayangkan dan terima awak sebagai isteri saya, sahabat saya dan kekasih saya,".
Buat seketika, Damia terpana. 'Aku mimpikah?'. Azfar mencubit perlahan pipi Damia, membuatkan gadis itu menjerit perlahan.

"Awak tak bermimpi! Saya jujur. Give me chance, please?".
Perlahan-lahan, Damia mengangguk.
"Dan...,".
"Dan?".
"Don't let any man flirt with you, okay? You are mine only!".
***

Azfar memandang telefon pintarnya. Teragak-agak untuk mendail satu nombor.
"Sudahlah, Azfar!".

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...