Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Penerimaan Pada Perubahan

Assalamualaikum dan salam rindu daripada hamba Allah yang masih mencari redha-Nya. Entri pada kali ini sangat ringkas. Penerimaan kepada perubahan; berapa ramai yang sanggup menerima seseorang manusia yang cuba berubah ke arah lebih baik? Dengan kata lain, sanggup percaya dan optimis bahawa dia berubah bukan semata-mata fesyen atau sekadar menunjuk-nunjuk di hadapan orang ramai? 😃😃😃 Saudaraku, Andai terdetik di hatimu untuk berubah, Ke arah yang lebih baik, Jangan tunggu kau 'suci' secara total. Hidayah bukan datang setiap masa. Belajar perlahan-lahan. Betulkan niat kerana Allah, In sha Allah, Kau akan tenang. Apa? Kau risau orang sekeliling mengejekmu? "Dia berubah sebab lelaki itu,". "Tu nak tunjuk baguslah tu,". "Ko nak sebar ajaran sesatkah?". 😢😢😳 Nawaitu kita berubah, Biar Allah yang tahu. Letak stigma picisan ke tepi, Moga hati kau terus qowiy.

Aminul Syafiq (22)

Anak matanya memerhati setiap pergerakan dua puluh orang pelajar bawah jagaannya yang sedang berlari mengelilingi padang. Tugasnya sebagai pensyarah pembimbing untuk subjek Olahraga pada semester ini memaksa dia untuk memastikan setiap pelajarnya mempunyai stamina yang baik. "Encik, penat!" rungut salah seorang pelajarnya yang berbadan montel. Azfar berpeluk tubuh. "Tadi kamu yang turun awal dan pusing padang,kan?". Lelaki itu mengangguk perlahan. Lencun kolar baju lelaki itu dibasahi peluh. Azfar menggaru-garu keningnya dengan jari telunjuk. "Baiklah, kamu boleh pergi ke tepi padang dan sejukkan badan!". "Terima kasih, encik!". "Alaaa... Kami encik?". "Yang lain teruskan lari sampai cukup tiga pusingan! Saya selalu pesan, turun awal untuk joging!". "Encik.....,". "Lari!". Dengan rasa terpaksa, pelajar-pelajar yang lain meneruskan larian. Azfar tersenyum sumbing melihat perubahan raut wajah masing...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...

Jadi Kawan Saya?

Mata dipejam dan dicelik beberapa kali. Badan masih rasa penat kerana minggu pertama semester kedua sudah penuh dengan kuliah, kelas tutorial dan aktiviti kelab. Alahai, kalau ikutkan hati memang aku masih mahu bermalas-malasan di atas tilam asrama. Walaupun keras dan nipis, aku jenis mudah lena. Namun apabila teringatkan janji dengan ahli-ahli teater, otak aku memproses dan menghantar signal ke setiap urat-urat dalam badan aku supaya bangun dan bersiap. Aku bangkit dan duduk di birai katil. Rakan sebilikku masih lena. Usai solat Subuh, dia melelapkan semula mata. Penat katanya. "Hanim,". Tiada sahutan. Amboi, lena dia tidur! Malas mahu mengganggu lenanya, aku berdiri dan mengambil peralatan mandian. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, bayu pagi menerpa ke wajah. Tenang. Sempat aku berdiri tegak di hadapan pintu. Suasana asrama perempuan pada pagi hujung minggu seperti asrama tinggal. Sunyi. Mungkin masing-masing masih bermalas-malasan sambil menonton drama di komputer riba...