Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Ego

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ego. Itu perkataan sesuai untuk huraikan mengenai saya. Ego mahu mengaku rindu, Ego mahu mengatakan sayang. Ego mahu mengakui kesalahan diri, Melainkan melalui surat atau mesej. Maaf, Saya tidak pandai untuk beri reaksi, Pada insan yang luahkan, "Saya sayang awak,", Bukan sebab tiada rasa yang sama. Cuma kalau saya balas semula, "Saya pun sayang awak,", Awak akan dengar angin sahaja berhembus. Pernah perasan atau tidak, Apabila awak kata, "Saya sayang awak,", "Saya rindu awak,", Saya terus palingkan wajah saya, Atau saya diam, Atau reaksi paling teruk, Saya akan buat muka pelik? Bukan sebab saya tidak punya rasa yang sama, Cuma saya takut, Saya rebah di situ. Maaf. Kalau kanak-kanak yang kata "Saya sayang cikgu,", "Kakak ni comel,", Saya pun tidak mampu balas semula. Saya akan peluk ketat-ketat. Mungkin juga, Ini buk...

Cinta Diabetes 6

Kelam kabut aku mencapai kunci kereta. Sesekali jam tangan dipandang. Perjalanan dari tempat aku ke tempat pertemuan mengambil masa 20 minit. - Saya dah habis kerja. Boleh jumpa sekarang? Aduh, semakin kalut! - Baik. - Jumpa nanti ya! Setelah yakin dengan penampilan diri dan memastikan semua barang yang penting ada di dalam beg sandang, aku bergegas keluar dari bilik dan menyarungkan kasut. "Woi, laju!". "Maaf awak! Saya pergi dulu,". "Hati-hati Mia!". Fads tersenyum memandang kelibat sahabatnya yang kian menjauh. Dia menyambung semula kerjanya, iaitu menyidai kain. Stereng kereta digenggam kemas. Semakin menghampiri tempat pertemuan, semakin gelisah aku rasa. 'Bertenang, Mia. Mohon bertenang. Dia adik kau sahaja,'. Hatiku cuba memujuk diri aku sendiri. Ah, penipu besar kau Damia! Kau mula jatuh hati kepada Muhammad bukan? Kau sebenarnya jatuh hati pada kali pertama kau pandang dia dulu, bukan? Kau jatuh hati ke...

Cinta Diabetes 5

Terkebil-kebil aku memandang skrin telefon. Antara percaya dan tidak, sama ada aku sudah terjaga dari lena atau roh aku masih mengembara di alam mimpi. Kulit aku yang berlemak aku cubit perlahan. Sakit! Sekali lagi mesej yang masuk ke dalam peti simpanan telefon pintar itu aku baca. - Bambam, sibuk tak? Jom, jumpa sekejap! Saya ada hal nak beritahu. Aku pandang jam digital yang tertera di bucu skrin telefon pintar aku. Waktu Asar baru sahaja menjengah. - Jumpa?  Balasan berbentuk pertanyaan aku hantar kepadanya. Dalam keadaan mamai, aku bangun dan bergerak ke bilik air.  "Kenapa termenung, Mia?". Fads menegur aku, apabila lama melihat aku berteleku di sejadah. Aku memandang Fads, dengan pandangan yang kosong. Patut atau tidak aku minta pendapat dia? "Fads, saya nak tanya sesuatu boleh?". "Awak dah tanya pun,". "Fads!". Gadis itu ketawa sambil matanya masih melekat pada skrin telefon pintanya. "Muhammad,". "Kenapa den...