Skip to main content

Saia Odah _ jaGa diRi

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.
Yus nak cari idea nak tenangkan sahabat Yus ni. Tak tahuLah ayat ni terkesan tak untuk dia tapi post ni Yus buatkan khas untuk dia.
Mak cik SaoDah, siLa baca ye...


Dalam dunia ini
Kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri
Tapi dalam kita sendiri
Beruntungnya kita
DIA anugerahkan kita seorang sahabat
Sahabat yang memahami
Sahabat yang menerima kita seadanya.

Seperti kita
Yang mengharapkan kejujuran
Begitu juga dirinya
Tikanya kita terlupa
Bahawa dia memerlukan kita
Terlupa bahawa dia punyai perasaan
Kadangkala
Kita hanya faham perasaan kita.

Apabila sahabat mungkir janji
Kita akan terus menyalahkannya
Tidak mahu mendengar alasannya
Bagi kita
Alasan hanya meraih simpati
Kita terlupa
Ada masanya kita membiarkan sahabat
Menanti kehadiran kita.

Untungnya
Punyai sahabat yang sentiasa ada
Semasa susah senang kita
Dia mendengar segala luahan rasa
Menumpang kecewa di hati
Memberi laluan kepada kebuntuan kita.

Di sebalik senyuman sahabat
Terkandung sejuta kesakitan
Di sebalik ketabahannya
Tersimpan seribu luka.


Odah, Yus tak mungkin jadi kawan yaNg terbaik untuk Odah.
Sekali ni, izinkan Yus nak jadi kawan yang cuba memahami, bukan sekadar tukang cerita.
Yus tak matang lagi tapi daLam hati ni dah banyak luka yang berparut. Dah banyak nanah yang pecah. Sekali lagi, hati ni degiL sangat apabiLa Yus tiba di 1 lagi persinggahan.
Yus sedar sesuatu, Yus dah sayangkan Odah & Yus sayangkan hampir setiap insan yang berada di belakang Yus, tak kira masa jatuh bangun Yus.


Odah, kamu jaga diri tau! Jangan degiL sangat.
Rindu Odah yang duLu.
Sembuh cepat!




Comments

  1. terima kasehhh . tak tawu lg apa nk ckp . lidah kelu . minda beku . hanya TERIMA KASEH mampu terucap .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...