Skip to main content

4 Hari 3 Malam _ Menjelajah Pangkor

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia. Baru-baru ni, Cik Gayah (nama pena aku) terlibat dengan Sukan & Rekreasi di Pulau Pangkor, bermula 19 September 2011 dan berakhir pada 22 September 2011. Sebanyak 5 buah kelas yang terlibat, iaitu PK1, PK2 (kelas Cik Gayah), PK3, PK4 & BC. Tak mahu pot-pet-pot-pet banyak, ambil makanan & Milo segelas, baca cerita Cik Gayah ni.


19 September 2011
Sepatutnya perjalanan kami bermula pada pukul 8.00 pagi. Namun kerana ada sambutan Aidilfitri peringkat IPDA, perjalanan kami ditangguhkan ke pukul 12.00 tengah hari. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Cik Gayah, selaku penolong ketua (Andy) AJK Persiapan Tempat, ikut je bontot ketua sebab nak pastikan setiap kelengkapan khemah cukup. Bukan main2 ni, 110 orang peserta yang terlibat. Cik Gayah pun bukan main berpeluh sakan. Hai, nasib baik Cik Gayah happy je!
Perjalanan pun bermula. Cik Gayah duduk dengan Rozana (kawan sekelas Cik Gayah). Kami tidur je sepanjang perjalanan. Lebih kurang pukul 5.30 petang, rombongan kami pun tiba di Jeti Lumut. Besar kot~!




Naiklah pula feri. Haish, Cik Gayah ni mabuk laut! Cik Gayah memang dah tahu sindrom mabuk laut ni dah ada dalam darah manis Cik Gayah ni semenjak naik feri ke Langkawi 2 tahun lepas. Tak tahulah mana datang penyakit tiada ubat itu. Apa2 pun, Cik Gayah melalui detik2 'angin mual2' dalam perut dengan jayanya, sekalipun diuji oleh mamat2 xensem yang duduk di belakang Cik Gayah. Amboi, Cik Gayah nak termuntah, korang buat aksi & sound effect 'uwek' puLak ye! Sabar je la...~
Sampai je di sana, Cik Gayah & ketua Persiapan Tempat ditugaskan untuk susun kedudukan khemah & agih khemah kepada peserta. Hehehehe... Cik Gayah hanya susun atur kedudukan khemah peserta perempuan & buat ampaian untuk girls. Terima kasih buat AJK Persiapan Tempat yang lain _ Saodah, Fina, Lim & Etika_ sebab banyak bantu Cik Gayah sempurnakan tugasan kami.
Malam pertama, aktiviti pertama yang dilakukan adalah refleksi oleh setiap AJK.
Ops, Cik Gayah terlupa satu perkara penting! Setiap 12 jam, seorang Kem Komander akan dilantik. Our 1st Camp Com. was Saddam, my classmate. (^_^)




20 September 2011
Hua.... Cik Gayah dah penat nak menaip panjang2. Tapi jemariku yang cumiL nak juga menaip. Hehehehe.... Cik Gayah & 26 lagi orang peserta diletakkan dalam 1 kumpulan. Kumpulan 3 atau dikenali dengan Kumpulan Hijau. Ketua kami Saiful (Shah Rukh Khan). Apabila kami melakukan aktviti berkayak & snorkeling, kumpulan kami akan bergabung dengan Kumpulan 1.
Aha, Cik Gayah teruja sangat nak berkayak sebab adalah seorang HAMBA ALLAH tu, dia cabar Cik Gayah boleh naik tak kayak, muat ke! Nanti tenggelam! Amboi, mulut kecil kamu tu nak kena cili dengan lada kering ke...! Cik Gayah ni power bab pedas2 ni! Hahahaha.....
Alhamdulillah, Cik Gayah boleh buat. Paling Cik Gayah suka semasa aktiviti Keyakinan Dalam Air. Cik Gayah terapung sebab pakai B.A. (alat bantu terapung). Semasa aktiviti berkayak, Cik Gayah berpasangan dengan Syahir (PK1). Best! Terima kasih Syahir..~

Setelah berlatih berkayak, kami kena buat cantuman rakit. Susah xsusah, perlukan kerjasama!


Wawa & Tajul. (^_^) happY nampak..~


Izuan & Atikah. Amboi, mak cik senyum kalah Cik Gayah tau!


Hajati, Siti, Odah, Dekna & Bibi. Pantang jumpa kamera...


Masalah Cik Gayah ialah; perut membatasi kekuatan untuk memanjat. Hahahaha..~
Cik Gayah tak mau cerita sal kayak. Sekarang, snorkeling pula. Pada sebelah petang, kumpulan Cik Gayah & kumpulan 1 bergerak pula ke Pulau Terumbu (Cik Gayah tak pasti nama sebenar pulau tu apa. Hehehehe..). Di sana, kami dipantau oleh Encik Bada. Beliau pakar dalam menyelam & ada lesen tau! Jangan main2. Sebelum kami ke tempat snorkeling yang sebenarnya, beliau mengarahkan kami supaya membiasakan diri menggunakan 'J-tube' & 'Goggle'. Heheheh... Betul ke ejaan Cik Gayah ni? Apa2 sajalah!
Ha, aktiviti sebenar pun bermula! Kena panjat gunung dulu. Kejap je. Malangnya, Cik Gayah menangis sebab keyakinan diri semasa melakukan aktiviti tersebut hilang. Entahlah, terkilan pun ada. Tapi Cik Gayah bersyukur sebab keselamatan Cik Gayah baik je..! Terima kasih kepada buddy Cik Gayah, Salini a/p Raja sebab dia banyak tolong Cik Gayah yang tengah panik tengok ikan2 kat laut tu. Sorry..~

Inilah pulaunya. Unik pada pandangan mata rabun Cik Gayah ni..
21 September 2011 - 22 September 2011
Dua hari ni, Cik Gayah tak nak buat karangan panjang2. Haish, Cik Gayah bukan nak masuk UPSR ni! Layan je gambar2 di bawah sambil makan sotong bakar. Ngap-ngap-ngap..~

Pemandangan dari tapak khemah. Subhanallah..~

Pensyarah kuat kami _ Encik Zainol & Encik Taufiq

Kelas Cik Gayah _ PPISMP PK(MP)/PJ/BM/PS 2

Pantai yang damai & indah.

Andy, Samson, Helmi & .... entah...!

Comments

  1. kenangan yg paling indah n xdapat dilupakan~ :)

    ReplyDelete
  2. boleh buat refleksi dah ni yuna.. :) Have a pleasant moment with all of you.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...