Skip to main content

Maaf, Tolong S.K.E.M.A Sikit!



Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.

Ha, kenapa tajuk post kali ini semacam je? Hehehe.. aku setiap tajuk post sendiri semacam je. XD
     SKEMA. Apakah skema tu? SKEMA tu bahasa golongan generasi aku. Skema membawa makna (ikut Kamus Golongan Muda-mudi) seseorang yang terlalu ikut peraturan & selalu sahaja golongan skema ini dianggap budak2 muka innocent, pakai spek besau2, baju labuh, bawa buku banyak di tangan, baik hati, rajin menolong orang sekeliling dan macam2lah lagi yang sama makna dengannya. Alah, kalau dalam bahasa Omputeh ‘nerd’! Mengikut kawan2 aku, akulah salah seorang insan itu. Hua… sampai hati tapi takpelah! Ya, aku suka ikut peraturan sebab pada pendapat aku, kalau ikut peraturan, aku selamat tapi aku taklah baik sangat, taklah bawa buku berlonggok di tangan, aku hanya aku. Baiklah, terus kepada topik utama sebelum banyak aku melalut.
     Aku, sebagai salah seorang insan yang comel & sayangkan keindahan alam ini, mengajak kamu untuk bersama2 jadi SKEMA sikit! Ha, buat pertama kalinya aku mengajak sesiapa yang baca blog aku ni jadi skema. Skema dari aspek apa? 1 saja aku nak tumpukan, SAMPAH-SARAP. Ya, sampah-sarap, sisa yang kita buang. Aduhai, rakanku sekalian! Susah sangat nak buang sampah ke dalam tong sampah? Susah? Malas? Majlis Perbandaran di tempat korang tak sediakan tong sampah? Uish, mustahil! Setakat ini di mana-mana kawasan yang ada penduduk, aku tengok besau2 je tong sampah hijau terdampar di tepi jalan. Kalau di taman2 pula, ada je tong sampah hitam, hijau @ apa2 warnalah yang pihak kawasan tersebut sediakan. Buanglah ke dalam tong sampah. Ala, di depan tu je! Kadang2 aku perasan ada segelintir masyarakat kita longgok sampah-sarap di tepi jalan. Elok, cantik tersusun! Yang buat aku pening sebab tepuk dahi berkali2, tong sampah secoit di depan je. Huhuhu…
     Kadang2, aku ada ternampak insan yang buat jalan raya macam tong sampah. Masa tu, aku geram semacam saja. Terbakar rasa hati. (Emo lebih plak!). Aku nak berkongsi 1 cerita. Latar cerita ini di tapak pasar malam di tempat pengajian aku. Pada petang yang redup tu (ewah..~), aku dengan comelnya melangkah ke van untuk balik ke asrama. Oleh kerana kereta bukan main banyak lagi di jalan, aku berhentilah. Macam iklan melintas tu! Tengok kiri, kanan, kiri, tiada kereta baru melintas!
“Pek!”
Tiba2 bunyi yang aku biasa dengar. Amboi, cik kak berbaju kurung tu! Selamba saja ya buang bekas air ikut tingkap. Sekali lagi ,aku emo lebih. Sedih pun ada. Aku taklah sound cik kak tu, tapi aku tengok dia sebelum aku masuk ke belakang van. Ayu. Sekali lagi aku tak faham. Susah sangat nak pegang kejap bekas air tu & apabila sampai di rumah ke, asrama ke, buanglah ke dalam tong sampah.
     Baiklah, aku tahu ada yang akan berkata,
“Alah, biarlah! Kejap lagi adalah tukang sampah yang kutip,”
“Kalau tak, tukang sapu takde kerja pula!”
Baiknya hati kamu ya, tolong beri peluang pekerjaan kepada pak cik, mak cik & aci tukang sapu! Aduyai… kejap ye! (Dush3… tepuk dahi dengan bucu meja jap!). Adik, kakak, abang, pak cik, mak cik, tuan, puan….. salah 1 tanggungjawab kita sebagai manusia adalah untuk menjaga salah 1 kurniaan-NYA ni. Tolonglah, buang sampah ke dalam tong sampah. Kalau yang makan dalam kereta, jangan sesekali buang sampah ikut tingkap. Letak dalam kereta, sebentar saja. Apabila tiba di destinasi, buanglah ke dalam tong sampah.
     Akhir kata, buanglah sampah ke dalam tong sampah dan tolong jadi SKEMA sikit. Tak susah pown~! Apa2 hal, lalui hari2 dgn semangat yang positif supaya produktiviti yang berkualiti dapat dicipta. Senyum sokmo..~ (^_~)

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...