Skip to main content

Apakah Alasan Lelaki?

  Assalamualaikum & salam sejahtera.
Tajuk aku pada kali ini mungkin mengundang rasa tak senang hati kaum Adam tapi aku hanya tertanya-tanya & memerhati persekitaran aku. Apa isu aku pada kali ini? Persoalan; benarkah lelaki hanya bersungguh-sungguh untuk memikat hati wanita hanya pada fasa pertama? 

  Apa yang korang faham mengenai fasa pertama? Pada pendapat aku, fasa pertama adalah peringkat seorang lelaki memastikan wanita itu mengakui hubungan tersebut. Ramai kawan aku mengiakan pertanyaan aku. 
"Dulu, mula2 nak usya kami bukan main lagi, tiap2 hari mesej, telefon sampai berjam2. Sekarang, mesej ke, telefon ke, cam nak tak nak je,"
"Aku bosanlah camni! Baru je mesej, tiba2 ada hal,"
Mungkin akan ada bibir yang berkata;
"Kami pun nak ruang untuk kami,"
"Sibuklah, banyak kerja!"
"Ai, takkan nak berkepit dengan handphone je? Bosan,"

  Amboi, banyaknya alasan! Kalau dulu boleh, kenapa apabila sayang sudah tersemai dalam hati, berat nak buat seperti fasa pertama dulu? Kaum perempuan memang lemah, mudah bersangka baik, kuat cemburu dan cepat risau, tapi tidak bermakna kami sanggup terus bertahan melayan sikap yang sama. Aku tahu, tidak semua perempuan begitu tetapi ramai yang diperlakukan sedemikian. Hurm...~

  Maaf kalau kenyataan aku salah tetapi aku perlukan jawapan & pandangan. Apakah sebenar alasan kaum Adam; adakah apabila kaum Hawa berada dalam genggaman, dia berasa kaum Hawa akan terus bertahan dan setia? Bolehkah ini menjadi alasan untuk kaum Hawa curang?

*persoalan demi persoalan..~ namun tiada jawapan...*

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...