Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Berhenti!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. " Whatttttt ? Awak sudah kahwin?". "Weh, dia pun sudah kahwin! Takkanlah orang macam engkau tak laku ?". * Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan * Perkara pertama ; ber HENTI buat ayat terkejut atau muka tidak percaya. Ya, saya sudah berkahwin dan usia perkahwinan ini baharu setahun jagung. Hijau lagi. Biasanya ayat-ayat yang didengari oleh Mek, keluar dari mulut-mulut (atau jari-jemari) yang kenal perangai Mek dan kisah kekecewaan Mek yang lama. Jodoh itu tidak mengenal saiz.  Perkara kedua ; ber HENTI bandingkan diri Mek dengan diri sendiri atau kenalan kalian. Dia cantik, dia kaya, dia kacak, dia pandai, dia rajin uruskan rumah, dia pandai masak tahap Master Chef; itu semua dia punya kelebihan tetapi belum tiba masanya. Percaturan ALLAH paling terindah dan terhebat. Ya, Mek akui Mek gemuk, tidak cantik seperti kalian, saiz pinggang 48 (Opsss..), perwatakan tidak semanja kalian. Mungkin ada yang...

Diam-diam Suka (E5)

Lampu Hijau "Aisha mahu ke kantin. Ada sesiapa mahu kirim makanan atau minuman?" tanya Aisha Alifa, sambil mengintai ke kelas sebelah. Kelihatan Hamidah sedang leka di meja kerja. Manakala Hanim sedang memerhati dan membimbing murid-muridnya menyiapkan kerja seni lukis. Serentak mereka memandang ke arah Aisha Alifa yang sedang tersengih. "Air Milo ais satu,". "Sirap limau ais!". "Baik.  Danny, kau nak kirim tak ?" soal Aisha Alifa,  meninggikan sedikit suaranya. "Weh,  aku mahu kirim teh o ais!" balas Danny,  selang satu kelas. Usai mengambil pesanan,  Aisha Alifa keluar daripada bilik darjah dan menyarungkan kasutnya. Telefon pintarnya bergetar,  menandakan ada pesanan masuk ke dalam peti simpanan mesej. Jari telunjuk kanan diletakkan pada bahagian belakang telefon.  Beberapa saat kemudian,  skrin telefon bercahaya dan skrin dinyahkunci. Hai Cikgu Aisha. Where are you going? Aisha Alifa tersenyu...