Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Beza - Kisah Di Rumah Sewa Awin

Anak-anak tangga dipijak dengan berhati-hati. Tersilap langkah,  boleh tergolek. Tidak terasa mengah walaupun turun tangga dari tingkat tiga kerana rasa penat melayan murid-muridnya lebih menguasai dirinya. 'Baru kelas ganti. Kalau aku mengajar kelas Empat Aman,  boleh tercabut anak tekak,' bebel Awatif dalam hati. Namun seketika kemudian, dia tersenyum sumbing. Pelbagai ragam murid-muridnya menjadikan dia gembira. "Cikgu,  jom main teka-teki!". "Cikgu,  cantik tak lukisan saya?". "Cikgu,  nak main bola kertas boleh?". "Cikgu,  macam mana nak buat latihan Bahasa Inggeris ini?". Kakinya berhenti melangkah apabila tiba di hadapan bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)  Masalah Pembelajaran. Sunyi. Mungkin penyelia membawa murid-murid ke makmal komputer. Awatif tidak terus masuk ke dalam.  Sebaliknya,  dia memilih untuk melepaskan lelah di kerusi panjang yang disediakan di luar bilik PPKI. "Hah, panasnya!". Awatif m...

Beza - Aku Datang (Episod Akhir)

Masing-masing leka merancang dan mencari idea untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu pada minggu hadapan.  Usai sahaja solat Isya',  mereka terus mengangkat komputer riba dan buku-buku rujukan yang berkaitan subjek Bahasa Melayu ke luar beranda. Tuan rumah telah meletakkan sebuah meja kayu yang besar di beranda beserta kerusi-kerusi plastik. Diana dan Awatif menjadikan kawasan beranda itu sebagai markas untuk mereka mencari idea dan menyiapkan segala tugasan berkaitan sekolah. Angin bulan Mac yang bertiup lembut,  tidak kira siang dan malam,  cukup untuk menghalau rasa panas bahang mentari. Tiba-tiba,  Diana ketawa sendiri.  Kedua-dua belah kening Awatif terangkat. Padanya bukan perkara luar biasa kerana gadis kelahiran Sabah itu selalu ketawa sendiri,  terutama sekali apabila dia menonton anime. "Na,". "Ya?". "Anime apa kamu tengok?". "Ini. Baby Bell,". "Oh,  baiklah!". Awatif kembali fokus kepad...