Jam di pergelangan dipandang sekilas. Cara duduknya berubah, daripada menyandar kemudian duduk tegak. Sesekali anak matanya dilarikan ke muka pintu restoran. Hampa. "Ish, aku sepak juga si Sahak ni! Janji pukul 2 tapi sudah setengah jam tak nampak batang hidung mancung dia tu!" omel Fauzan sendiri. Dia paling tidak suka menunggu terlalu lama. Tidak mahu merosakkan emosinya, dia mencapai telefon pintar. Fail 'Galeri' ditekan. Terpapar berpuluh-puluh keping gambar pada skrin telefonnya. Digerakkan jari telunjuk di atas permukaan skrin, mencari-cari sekeping gambar untuk meredakan kemarahannya, pada masa yang sama melepaskan rasa rindu yang singgah dalam hatinya. Pergerakkan jarinya terhenti apabila tiba pada sekeping gambar. Ditekan sekali lagi dan gambar itu memenuhi skrin telefonnya. Secarik senyuman terukir di bibirnya. Gambar dia dan Damia yang diambil semasa di kenduri kahwin rakannya beberapa minggu yang lalu menjadi santapan matanya. *K...
My journey has started buT onLy Allah knows wHen it eNds..