Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Ein #01

Assalamualaikum. *^▁^* Wah, berhabuk blog! Idea untuk mengarang kering-kontang, sekering petak-petak sawah sepanjang musim El Nino. ~ceh~ →_→ Jari-jemari rajin mahu berkongsi cerita; mengenai perkenalan dengan seorang lelaki. ≧﹏≦ Lelaki yang lebih matang berbanding aku, sabar melayan ragam wanita aku dan menerima aku seadanya aku. Perancangan masa hadapan sudah ada tetapi ALLAH merupakan sebaik-baik perancang. Bertahun-tahun aku dikecewakan oleh seorang lelaki. Aku bawa hati dan cuba untuk berkawan dengan insan yang aku kenal semenjak zaman sekolah tetapi tidak pernah berjumpa (berhubung melalui media sosial). Kemudian aku tersuka tanpa sengaja seorang kawan aku sendiri tapi aku tak pernah ada keberanian untuk meluahkan kepada dia. Aku terus bagi peluang pada lelaki lain untuk sakitkan hati aku. Akhir sekali, aku putus asa. Berbulan-bulan aku merawat hati aku. Aku cari keseronokan sendiri. Aku habiskan masa dengan kawan-kawan wanita aku. Seh...

Beza - Aku Datang (1)

Minggu pertama praktikum masih lagi tidak sibuk dengan kelas kerana jadual waktu untuk mengajar masih belum dikeluarkan oleh pihak sekolah. Awatif memandang Diana dan Diana merenung Awatif. Tugasan sampingan yang diberikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas membuatkan dua orang sahabat itu memerah idea yang sesuai dengan tema dan kehendak pihak sekolah. "Diana, saya tak pernah buat projek mural berskala besar begini. Awak yakinlah dengan saya?" soal Awatif sambil memandang Diana yang sedang melakar sesuatu di kertas kosong. "Jangan kamu risau. Kita sama-sama tolong. Nda ada masalah bah ini," balas Diana sambil jari-jemarinya ligat menari-nari di atas kertas putih itu. Awatif menarik nafas panjang dan dihembus perlahan. "Baiklah. Awak ajar saya cara mengecat ya!". "Jangan risau. Serahkan tugas melukis pada saya dan kita sama-sama mengecat,". "Bagus,". Diana berhenti melakar. Awatif melihat lakaran yang dibuat oleh rakannya itu. Di...