Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Warkah Buat Sahabat (3)

Assalamualaikum dan salam rindu dari insan biasa ini. Hai, awak! Si gula hati yang baharu menjengah ke dalam diari hidup saya. Maaf kalau warkah saya pada kali ini mengganggu ketenteraman awak untuk belajar. Awak, Saya tahu saya banyak kelemahan. Saya garang. Suara kuat. Suka merajuk. Kuat nangis. Makan banyak! (opsss...~) Saya juga tahu yang awak; Manja. Baik hati. Tulus. Tapi awak sama ganaz je dengan saya! Hehehe..~~ Kah~Kah~Kah... (gelak tak ikhlas!). Awak, Ingat tak awak pernah kata, "Saya takde pun kawan baik kat sini," Awak tahu tak, Bergetar jiwa saya masa tu. Siapa saya pada awak? Mungkin saya ini hanya insan biasa. Saya redha. Lama-kelamaan, Saya bagaikan lupa sebaris ayat yang menjentik hati saya, Dai hari ke hari, Saya makin sayang dengan awak. Saya sedar itu. Kelu. Keliru. Sukar untuk luahkan kepada awak. Sedarkah awak yang kita ada persamaan? Harap awak sedar. Apa pun kekurangan awak...

Warkah Buat Sahabat (2)

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi peluang untuk menghirup udara 1 Rejab. Sahabat ku, dengan berlapang dada, dengan rasa rindu kepada mu, jemari ini sekali lagi menari di atas papan kekunci. Sahabat, Ingat tak saat kita gelak ketawa? Masa seakan terhenti seketika dan aku memandang seraut wajah manis mu. "Ya Allah, cintanya aku kepada insan yang Engkau temukan ini! Ya Allah, janganlah senyuman itu terpadam kerana sikap mungkar ku,". Sahabat, Ingat tak semasa kita berduka? Aku memandang diri mu dan mendiamkan diri. Bukan aku sengaja mengunci bicara. Namun aku lebih suka andai engkau yang meluahkan rasa. Sedarkah engkau di saat itu sekeping hati yang lemah ini juga bersedih? Sahabat, Aku paling takut Tatkala marah menguasai mu. Aku bingung. Sekadar mampu mengunci bibir dan mendengar omelan mu. Sahabat, Tibanya Rejab Bermakna kita semakin hampir dengan Ramadhan. Tiba-ti...