Skip to main content

Jangan Bersedih _ Allah Knows

Assalamualaikum & salam sayang.

Apa yang menjadikan aku semakin walang? Semenjak beberapa hari lalu, aku lebih banyak memendam rasa. Hahaha... Memang perangai aku. Aku termenung dan termenung. Ada tikanya aku kosong sangat. Pada masa yang sama, Allah datangkan ujian dan bebanan kepada ku.
Aku menangis bukan setakat pada zahir, pada masa yang sama hati aku terus menangis. Puas aku memujuk hati, janganlah bersedih. Aku berusaha masukkan diri ku ke dalam duniawi yang sibuk ini seketika. Mungkin ada sesuatu yang buatkan mata aku cepat sangat berkaca.
Aku termenung.
Aku diam.
Cuba ketawa. Mungkin pada luarannya senyuman dan hilai tawa ku yang kelihatan, namun sakit yang ditanggung oleh si hati ini, hanya Allah yang tahu.

Saat aku dikelilingi teman-teman ku, aku betul-betul kesunyian. Rasa bagaikan tersisih. Aku selongkar telefon bimbit ku dan ku dengar satu lagu. Saat itu, air mata ku bergenang kembali. Aku menapak jauh dari mereka.
Jauh. Jauh untuk aku sembunyikan gundah di hati.
Di satu sudut, aku menangis. Aku menangis semahu-mahunya. Rasa yang tersirat dalam jiwa aku lepaskan melalui air mata yang mengalir itu.
Aku terlupa sesuatu. Lagu itu mengingatkan aku kembali bahawa Allah Maha Mengetahui segala-galanya.


When you feel all alone in this world 
And there's nobody to count your tears 
Just remember, no matter where you are 
Allah knows 
Allah knows

When you carrying a monster load 
And you wonder how far you can go 
With every step on that road that you take 
Allah knows 
Allah knows 

CHORUS 

No matter what, inside or out 
There's one thing of which there's no doubt 
Allah knows 
Allah knows 
And whatever lies in the heavens and the earth 
Every star in this whole universe 
Allah knows 
Allah knows 

When you find that special someone 
Feel your whole life has barely begun 
You can walk on the moon, shout it to everyone 
Allah knows 
Allah knows 

When you gaze with love in your eyes 
Catch a glimpse of paradise 
And you see your child take the first breath of life 
Allah knows 
Allah knows

CHORUS 

When you lose someone close to your heart 
See your whole world fall apart 
And you try to go on but it seems so hard 
Allah knows 
Allah knows 

You see we all have a path to choose 
Through the valleys and hills we go 
With the ups and the downs, never fret never frown 
Allah knows 
Allah knows 

CHORUS (x2) 

Every grain of sand, 
In every desert land, He knows. 
Every shade of palm, 
Every closed hand, He knows. 
Every sparkling tear, 
On every eyelash, He knows. 
Every thought I have, 
And every word I share, He knows. 
Allah knows..

Bila aku menangis, hanya Allah yang tahu dan mengapa tidak aku mengadu pada-NYA?
Tika aku tersenyum, hanya Allah yang tahu gelodak hati ini, mengapa tidak aku kuatkan semangat ku?

Hati,
Mungkin dunia tidak sedar akan kewujudan mu,
Biarlah kerana Allah tahu siapa diri mu dan di mana diri mu.

Hati,
Mengapa terlalu lembut?
Atau ini memang fitrah kejadian seorang perempuan?

Sehingga sekarang, aku tidak tahu apa tindakan yang harus ku ambil saat hati ini dilukai? Apa yang harus aku katakan saat aku sendiri tidak memahami mengapa aku perlu bersedih demi hati lain?

Comments

Popular posts from this blog

Diam-diam Suka (E1)

Prolog Terkocoh-kocoh dia melangkah,  menuruni anak-anak tangga. Berbantukan cahaya malap yang terhasil daripada nyalaan lampu siling warna kuning,  dia menapak dengan berhati-hati.  Silap terlangkau satu anak tangga,  mahu tergolek menunggeng. "Aisha Alifa!". "Opocot!". Gadis itu berhenti melangkah,  terkejut dengan sapaan rakan serumahnya. Aisha Alisa menoleh ke belakang. Sesusuk tubuh yang tidak asing baginya berdiri dalam gelap. "Ish,  kau ni kenapa Mila?" tanya Aisha Alisa geram. Mila tersengih nakal. "Kau kalut nak pergi mana? Baru 6.15,". Aisha memandang jam dipergelangan. Tangan kanannya pula membetulkan beg sandang di belakang. "Lewat sikit, jawabnya aku sangkut dalam kesesakan lalulintas nanti," balas Fatimah, kemudian dia mencapai gugusan kunci yang tergantung di tepi pintu. Mila ketawa kecil. "Skemanya bahasa kau. Baiklah,  hati-hati Aisha Alifa," pesan Mila sebelum menghilang masuk ke dapur...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...