Assalamualaikum & salam bahagia.
Aish, sekali lagi blog ku penuh dengan habuk2! Fuh.fuh.fuh..~ Tiup jap... Hehehhe...
Alhamdulillah, sekali lagi DIA beri ku peluang untuk mencoretkan rasa hati di sini. Emosi ku sekarang agak stabil <walaupun tinggal satu kertas lagi _ PKU 3102_>. Oleh kerana sayang ku membuak-buak sekarang, ku dengan senang hati nak senaraikan insan-insan yang Allah temukan ku dengan mereka. Suka sekali untuk ku petik kata-kata sahabat ku,"Na, sayanglah sahabat mu kerana Allah. Bukan kerana kelebihannya,".
"Maksudnya? Bagaimana?"
"Em, seperti Rasullulah SAW menyayangi para sahabat. Menegur tatkala kita melakukan salah,".
Tersenyum ku mendengar bicara dari bibir kecil itu. Ya Allah, ku bersyukur kepada MU kerana mempertemukan ku dengan insan yang mendekatkan ku dengan MU. Kalau dulu ku pernah cerita mengenai rakan-rakan ku _ mama, siti, odah dan lain2 _ kali ini ku nak berkongsi kisah beberapa insan yang ku anggap seperti kakak, adik dan abang. <Walaupun sama umur..~>
*Froggy*
Hehehehe.. kalau dia baca entry ni, mesti mengamuk! Hahahaha.. Baiklah. Encik Froggy ni ku kenal semasa mula-mula terjebak (amboi.. TERjebak noh..!) dengan JPP 2012/2013. Tinggal di utara Malaysia. Malas eh nak cerita banyak mengenai dia. Cukup ku kata dia seorang rakan dan mungkin abang yang banyak beri nasihat (membebel lebih tepat... :p), beri kata-kata semangat, kadang-kadang diselitkan nasihat yang kadang-kadang ku tidak sedar pun itu adalah nasihat dan suka makan <walaupun badan kuruih cekeding...~>! Hehehehe..... Sekali tengok dia macam pemalu tetapi dia MEMANG seorang pemalu. Aigoo..~ Takpelah Encik Froggy. Apa-apa hal, seronok bekerjasama dengan dia!
*Kak Fairuz*
Ngehehehe... Ini lagi seorang insan yang ku sendiri pun tak faham perangai dia! Suka tengok senyuman dia. Sama seperti Encik Froggy, ku mula rapat dengan Kak Fairuz semasa dalam JPP juga. Ku paling tak tahan tengok dia tertekan, sebab ku kasihan sangat2! Namun ku yakin dia seorang yang kuat & tabah. Yang bestnya, Kak Fairuz ni geng Kelantan! Hahahahaha..~ jadi mudahlah untuk mengumpat! Ngehehehe... Tak lah..~
*Amy-Chan*
Ini satu-satunya junior yang setakat ni selalu sahaja menggeletek urat geli ku dan kadang-kadang menaikkan darah ku! Aigooo..~ Tengok Amy buat rindu ku pada budak2 kecik di kampung melayang sekejap. Walaupun ku tiada adik-beradik, tapi ku rapat tahu dengan sepupu di kampung! Apa khabarnya mereka? *merindui...~*. Ringkasnya, ku boleh coretkan di sini adalah Amy seorang adik yang manja (kadang2.. :p heheheh... macam ku jugak!), kreatif, rajin, agak NAKAL dan macam biskut! Aiiyaa...~
Hahahaha..~ Setakat ini sahajalah coretan ku. Ramai lagi insan yang ku sayang tetapi biarlah ku simpan dulu. Cerita sedikit demi sedikit. Hehehehhe..~
Sebelum itu, ini khas untuk sahabat2 ku_ Nana, Lala, Mama, Mek-T, Owdah, Kak Wawa, Ipid, Atikah, Nana, Deqna, Hanim, Che In, Andy, Froggy & Kak Fairuz...~ Maaf lagu ni xbest tapi membawa 1001 makna... <3 <3 <3
Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemani ku
Pegang erat tangan ku
Bila aku jatuh
Kau lah yang selalu
Selalu menemani aku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku
Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabat ku....
p/s:
Comments
Post a Comment