Skip to main content

ApabiLa Hati Kian Terbuka

Assalamualaikum & salam rindu.


Sedar tak sedar, dah setahun lebih kaki ini melangkah di daerah IPDA ini. Sepanjang langkahan itu, 1 persatu dugaan hadir. Kasih ku digugat dengan cerita yang tiada kesudahannya. Biarlah, hati ini tetap dengan keputusan yang ku pilih. Jodoh bukan kuasa ku, bukan diketahui sesiapa, melainkan DIA YANG MAHA ESA. Perlahan-lahan, pandangan ku terhadap orang sekeliling kian berubah. Saat itu, aku sedar sesuatu. Hati aku kian terbuka untuk menerima kasih yang hadir. Kasih itu tidak membebankan andai tahu bezanya. Alhamdulillah, bersyukur kepada MU Ya Allah kerana Engkau masih memberi ku peluang merasai anugerah MU ini.

Perspektif ku terhadap hubungan persahabatan juga semakin berbeza. Kalau dulu, aku boleh anggap, "Kalau aku tak kacau orang, jadi orang takkan kacau akulah!". Hahahaha... lucunya itu adalah salah! Aku tidak boleh mengharapkan orang lain akan melayan aku seperti mana aku melayan mereka. Salah satu sebabnya kita berbeza.


Dalam diam juga, aku kembali merasa sesuatu yang dah lama aku lupakan. Rasa kasih yang terbina dalam diam. Jujur, aku takut andai kali ini aku bukakan sekali lagi hati ku untuk rakan-rakan sekeliling, akan ada lagi luka yang bertambah. Namun aku cuba halau semua rasa tu.

Pertemuan dengan korang bukan 1 masalah bagi aku.
Yang menjadi masalahnya adalah apabila aku tak tahu nak jaga hati sendiri, asalkan korang tersenyum sudah, biarpun hati aku yang sakit.
Mungkin aku dididik untuk tidak membenci tetapi tak bermakna aku takkan ada sekelumit benci itu 1 hari nanti tatkala aku disakiti. Hahaha.. benci itu perkara yang sukar untuk diubati. Kalau aku tukar 'benci' tu kepada 'sakit hati' lagi elok rasanya, kan? Sebab sakit hati boleh dirawat dengan rasa sayang yang wujud.



p/s: Jangan pernah kata rindu itu tiada untuk sahabat mu kerana sahabat bukan seperti teman biasa. Sahabat bukan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sahabat mampu mempengaruhi mu, sama ada baik atau buruk, hanya akal yang mampu menilai. Sahabat tidak menangis hanya kerana simpati, tetapi dia bagaikan merasa kesakitan mu.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...