Skip to main content

CeriTa cUTi SemesTer

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.


Wuhu... LaMa dah bLog ni terbiar! Fuhh~~ fuhh..~ tiup2 biar iLang semua habUk! Hehehehe...
Ark, labah-labah! Eee... aku geLi sangat dengan biNatang ni. Dah, aku bukan nak cerita pasaL binatang yaNg geLi tapi mengkagumkan ini. Sekarang tengah cuti semester dan aku tengah lepak2 deNgan keluarga aku di KB. Pada sesiapa yang tak taHu tu, KB maknanya Kota Bharu. Kami keluar jaLan2 nak cari barang keperLuan untuk diriku & ayah. Hehehehe.... yeah, daPat beg baru unTuk kuliah! (Alhamdulillah..~). 


Inilah rupa aku semasa cuti. Bosan juga duduk di rumah tapi sekurang2nya aku buat pasaL deNgan keluarga aku. Hehehehe... bukan 'pasal' yaNg ganas2. Takde sapa2 dLm keluarga aku. Maka akulah yaNg kadang-kala menghuru-harakan rumah kecil kami di tengah padang tu. Cuma semenjak aku dewasa ni, aku lebih banyak mengurungkan diri dalam biLik. Kononnya, ANAK DARA kena menyorok daLam biLik. Entahlah... mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan aku. 


Masalah lain pun banyak mengganggu aku. Kalau bab hati & perasaan, aku memang tak boleh nak tuLis lebih2 sebab aku beTuL2 tenGah terLuKa & iLang sesuatu dLm jiwa aku ni. Let's not talk about it, okay!


Tak lama lagi, aku dah nak masuk baLik ke IPDA. Tinggal beberapa hari saja untuk aku hirup udara kat kamPung aku. Auw... tak sabar nak jumpa kawan2. Hehehehe..


mEOW...~ kuciNg2 aku dah makin GeMuk.... Hehehehe... Suka kacau Si Hidung Merah sebab dia buat2 cool deNgan ayah aku tapi kaLau dia tengOk aku je, dia laRi! Hahahahaha.... Muahahaha...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Kenali IPDA

  Khas buat junior2 & para ibu bapa yang dapat tahu anak2 mereka dapat masuk ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang terletak kat Jitra ni, atau lebih spesifik lagi Bandar Darulaman. Mula2 saya sendiri pun tertanya2... Camne IPDA ni ya? Tak banyak yang dapat saya share bersama-sama. Hanya sedikit je. Jenguk2lah di bawah ni... (^^,) Bagi sapa2 yang dapat major @ minor pendidikan jasmani di sini, ni lah tempat yang korang akan selalu lepak~ Seminggu minggu suai kenal, kamu akan berada di sini, 1 hari suntuk! Dewan Besar. Best~~~ heheeh~~ di sini saya hanya upload gambar asrama perempuan sebab di sini la ada pejabat kediaman. Asrama lelaki sebelah ye. Padang bola jaring.. Ini sebahagian je... Banyak lagi kawasan padang & gelanggang yang ada di sini. (^^,) Sampai di sinilah sahaja~~ sempena pengambilan pelajar baru, saya perkenalkan serba sedikit mengenai IPDA. Salam perkenalan & sayang.... (^^,) wink...

Meniti Kenangan - Kona Leper

Assalamualaikum dan salam rindu dari anak jati Kelantan. Meniti Kenangan; sesuai dengan tajuk utama, entri ini merupakan cebisan-cebisan memori semasa kecil, sebagai kanak-kanak perempuan yang banyak habiskan masa dalam dunia sendiri. Hidup sebagai anak tunggal, menjadikan aku seorang kanak-kanak yang berlatih untuk wujudkan imaginasi sendiri agar aku tidak bosan. Buat mak dan ayah, terima kasih. 😘😘 'Kona leper' adalah satu perkataan dialek Kelantan yang merujuk pada perbuatan.....  Eh, apa ek dalam bahasa Melayu yang betul? Perbuatan apabila melalui suatu selekoh dan sengetkan motor sampai cecah lutut. Apa daaa perkataan tu? 😂😂😂 Pada usia aku, lebih kurang enam atau tujuh tahun, pandai kayuh basikal, menjadi kebiasaan pada aku untuk melakukan lagak ngeri 'kona leper' di selekoh berhampiran rumah lama aku. Setiap petang atau ada sahaja peluang untuk main basikal, itulah aksi ngeri yang wajib aku lakukan. K...

Aminul Syafiq (21)

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya pantas diatur ke dapur. Pintu peti ais dibuka. Sebotol air mineral dicapai. Perlahan-lahan, air jernih yang sejuk itu diteguk. Lega. Walaupun malam tetapi bahang panas siang masih terasa. Mujur sahaja masjid di kawasan taman rumahnya dipasang pendingin hawa. Ekor matanya menangkap sekeping memo kecil dilekatkan di pintu peti ais. Bro, aku keluar berkhemah dengan geng kerja aku! Lusa baru balik. Syafiq merenung memo itu seketika. Nampaknya dia akan bersendirian sepanjang hujung minggu ini. Dia mengeluh perlahan. Botol air mineral yang masih bersisa dicapai dan dibawa ke bilik. Setelah memastikan pintu pagar dan semua pintu rumah telah selamat dikunci, barulah dia mengatur langkah ke bilik. Malam hujung minggu beginilah waktu yang paling sesuai untuk bermalas-malasan setelah seminggu berhempas-pulas di sekolah. Badan direbahkan di atas katil. "Nikmatnya cuti!". Syafiq menggeliat, cuba meregangkan urat-urat yang tegang...