Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Apakah Alasan Lelaki?

  Assalamualaikum & salam sejahtera. Tajuk aku pada kali ini mungkin mengundang rasa tak senang hati kaum Adam tapi aku hanya tertanya-tanya & memerhati persekitaran aku. Apa isu aku pada kali ini? Persoalan; benarkah lelaki hanya bersungguh-sungguh untuk memikat hati wanita hanya pada fasa pertama?    Apa yang korang faham mengenai fasa pertama? Pada pendapat aku, fasa pertama adalah peringkat seorang lelaki memastikan wanita itu mengakui hubungan tersebut. Ramai kawan aku mengiakan pertanyaan aku.  "Dulu, mula2 nak usya kami bukan main lagi, tiap2 hari mesej, telefon sampai berjam2. Sekarang, mesej ke, telefon ke, cam nak tak nak je," "Aku bosanlah camni! Baru je mesej, tiba2 ada hal," Mungkin akan ada bibir yang berkata; "Kami pun nak ruang untuk kami," "Sibuklah, banyak kerja!" "Ai, takkan nak berkepit dengan handphone je? Bosan,"   Amboi, banyaknya alasan! Kalau dulu boleh, kenapa apabila sayang sudah tersemai dalam hati...

Maaf, Tolong S.K.E.M.A Sikit!

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia. Ha, kenapa tajuk post kali ini semacam je? Hehehe.. aku setiap tajuk post sendiri semacam je. XD      SKEMA. Apakah skema tu? SKEMA tu bahasa golongan generasi aku. Skema membawa makna (ikut Kamus Golongan Muda-mudi) seseorang yang terlalu ikut peraturan & selalu sahaja golongan skema ini dianggap budak2 muka innocent , pakai spek besau2 , baju labuh, bawa buku banyak di tangan, baik hati, rajin menolong orang sekeliling dan macam2lah lagi yang sama makna dengannya. Alah, kalau dalam bahasa Omputeh ‘nerd’ ! Mengikut kawan2 aku, akulah salah seorang insan itu. Hua… sampai hati tapi takpelah ! Ya, aku suka ikut peraturan sebab pada pendapat aku, kalau ikut peraturan, aku selamat tapi aku taklah baik sangat, taklah bawa buku berlonggok di tangan, aku hanya aku. Baiklah, terus kepada topik utama sebelum banyak aku melalut.      Aku, sebagai salah seorang insan yang comel & sayangkan keindahan alam i...