Mulai tahun ni, aku sertai kelab teater di IPDA. Aku tak pasti sampai bila kelab ini akan bertahan tetapi aku berdoa kelab ini akan terus bertahan buat selama-lamanya. Secara ringkasnya, untuk tahun ini kami dilatih oleh Encik Yazi Kerya (pensyarah BM aku untuk semester ni. Huhuhu…). Apa2 hal, aku akan cuba (insyaallah kalau aku rajin & berkemampuan) update setiap kali aktiviti kelab diadakan. Fight-o oh!
28/3/2011
Latihan untuk kali pertama. Mula-mula aku malu gak nak pergi tapi sebab aku minat (hehehe..) jadi aku pergilah! Sekalipun cuaca mendung (ewah~~) & aku jangka ribut akan menggila petang ni, aku melangkah juga. Hehehe…… Malulah wei, ramai budak batch Math! Lepas tengok muka sorang2, hati aku legalah juga. Sebabnya ada senior yang pernah bantu aku dalam Gerko teater semester lepas.
Dipendekkan cerita, kelibat Encik Yazi pun kelihatan. Itu dia! Simple tapi kemas. Berkasut sukan, berseluar Track dan berbaju T-shirt, Encik Yazi suruh kami berkumpul dalam bulatan. Mula-mula, kami didedahkan mengenai teater. Siapa tokoh teater. Antaranya Fauziah Nawi, Fauziah Ahmad Daud, Eman Manan dan Dato’ Rahim Razali. (Aku suka Dato’ Rahim Razali sebab suara dia & bakat dia buat cite nampak hidup.) Kemudian, bermulalah permainan dalam teater. Aku sendiri tak tahu nama permainan tu tapi aku letak sendiri ek! (^_^)
1. Latihan Vokal
· Tarik nafas dalam2 & hembus ikut mulut sambil kUarkan bunyi ‘hissss’. (cam uLar)
· Kami kena sebut ‘a’ dengan mengeluarkan suara pewOt. Huhuhu… sib baik tangki gas aku besaU! Hahahaha… ‘Aaaaaaaa’… Kemudian ‘Eeeeee’.
· ‘Aaaaaaa’…..’eeeeee’…’eeeeee’…..’ooooo’….’uuuuuu’ – guna satu nafas sahaja. (huhahuha…)
· Sebutan cam kat atas juga tapi cam sekat-sekat. ‘a.a.a.a’….’e.e.e.e’…’e.e.e.e.’….’o.o.o.o.’…’u.u.u.u.’. (ada gaYa oRg zaman baTU aku teNgok kawan2 aku buat. Hehehehe… jangan marah fweNz!)
2. Zip! Zap! Boing!
· Game ni memang serOnok habis! Tapak tangan dirapatkan dan hala ke hadapan. Apabila sebut ‘zip’, tangan digerakkan ke kiri, ‘Zap’, ke kanan, dan ‘boing’ halakan tangan ke arah orang sape2 yang ada di hadapan kita. Orang di kiri & kanan tak boleh di‘boing’ tapi selang seorang daripada kita boleh di’boing’. Fun! Game ni dapat latih kepekaan kita dalam lakonan. Aku kalah la wei! Hehehe….
3. Kamehame..ha?
· Aku tak tahu nama sebenar game ni. Hehe… soWie! Kena wat tiga gaya… susah aku nak huraikan kat sini. 1 gaya kena wat tangan ke depan. 1 lagi tangan kat sisi pinggang (bukan cekak pinggang) dan 1 lagi gaya Son Goku. Sape2 pernah tengok cEriTa karTun ni kaMow tahuLah. Hehehehe…. Aku kalah juga!
4. Freeze! Melt~~
· PerMainan ni aku suka. Simple saja! Pensyarah akan bagi masa untuk kaMi fikir gaya apa yang kami kena lakonkan. Bila pensyarah kata ‘Freeze!’, semua kena kaku dengan gaya yang dah tercatat kat benak masing2! Hehehe… ‘Cair!’ bila pensyarah cakan camtu, semua wat gaya yang kami lakonkan. Hehehehe… aku buat gaya orang hisap rokok. Fuhh~~~
Itulah serba sedikit mengenai aktiViti teater yang buat julung2 kali aku rasai. Huhuhu.. harap2 lepas ni banyak lagi aktiviti latihan. Maju IPDA!
Comments
Post a Comment