Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

ANTARA PERSAHABATAN & PERASAAN

   Mendung petang bagai menggamit kembali memori sewaktu belajar, di awal usia menjejakkan kaki di utara tanah air. Jauh daripada keluarga, keluar daripada norma kampung. Aku membawa bersama-sama hati yang kecewa kerana terpaksa meninggalkan matrikulasi, membawa diri bersendirian tanpa keluarga atau sahabat rapat kerana mendukung pundak serta cita-cita ayah, ingin aku menjadi guru.    Kisah persahabatan kali ini bermula apabila aku dan dua orang lelaki yang memang rapat atas dasar persahabatan. Di awal perkenalan, aku memang meletakkan batasan, terutama untuk hati aku sendiri. "Mek, jangan melebih-lebih! Ingat, kau ada hati untuk dijaga,". Itulah kalimat yang menjadi penghalang dan penguat untuk aku menjaga hati aku daripada terpesong dan pada ketika itu, aku juga menjaga hati insan lain. Insan yang jauh berada di Pantai Timur ketika itu. Ini kebenaran kisah aku, Azrul (bukan nama sebenar) dan Ikmal (bukan nama sebenar).     Pada hari pertama, menjadi ...