Jam di pergelangan diperhati. Sudah menjadi tabiat gadis itu, tiba awal di sesuatu tempat yang dijanjikan. Telefon pintar yang berada dalam beg tangan diambil. Keluhan halus terbit dari bibir Aisha Alifa apabila tiada satu pun pesanan yang masuk dalam peti simpanan mesej atau Whatapps . Disimpan semula telefonnya ke dalam beg tangan. Malas mahu menjadi tunggul di hadapan medan makan Aman Central, Aisha Alifa mengatur langkah ke arah kawasan panggung wayang. Skrin yang memaparkan senarai filem baharu yang akan ditayangkan pada hari ini diperhati satu demi satu. "Assalamualaikum,". Aisha Alifa menoleh ke sebelah kiri. Spontan senyuman terlakar di bibirnya. "Waalaikummusalam," jawab Aisha Alifa. "Maaf sayang. Sesak betul dari Jitra tadi," ujar lelaki berkumis nipis itu, jujur. Aisha Alifa tersenyum. "Tidak mengapalah, abang. Janji abang selamat sampai, Aisha sudah gembira," balas gadis bertudung merah jambu itu. Mustafa tersenyum lega. Salah...
My journey has started buT onLy Allah knows wHen it eNds..