Tuala putih itu dicelup ke dalam besen berisi air, diangkat dan diperah perlahan. Kemudian diletakkan dengan lembut di dahi Damia. "Panasnya kepala awak. Kita pergi klinik ya, Mia?" pujuk Hanim, sambil tangannya mengelap perlahan-lahan dahi dan seluruh wajah sahabatnya itu. Dengan mata tertutup, Damia menggeleng lemah. Hanim mengetap bibir tanda geram. 'Liat betul kalau ajak pergi klinik,' omelnya dalam hati. Malas mahu bertekak dengan sahabatnya itu, Hanim bangun dan menapak ke luar bilik, setelah selesai meletakkan tuala basah pada dahi Damia. Telefon bimbit yang setia berada dalam poket seluar dicapai. Jemarinya menekan butang-butang nombor. Seketika kemudian, telefon dilekapkan ke telinga. "Assalamualaikum,". "Waalaikummusalam. Angah, sibukkah?" tanya Hanim. Pada masa yang sama, dia mengatur langkah ke dapur. Aroma bubur nasi yang dimasak olehnya menjamah deria baunya. " Tak . Kenapa?" soal Fauzan. Suara abangnya ke...
My journey has started buT onLy Allah knows wHen it eNds..