Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Aminul Syafiq (23) - Memori Ramadhan

Kuih koci yang berada di dalam mulut dikunyah perlahan-lahan. Menikmati keenakan kuih koci sambil mendengar bebelan Mariam. Bunyi pinggan mangkuk berlaga jelas kedengaran. "Kamu dengar atau tidak apa mak cakap ni?". "Em... Azfar dengar, mak,". "Baguslah! Hujung minggu ini bawa isteri kamu balik berpuasa di rumah,". Azfar menarik nafas dalam-dalam. Dia faham maksud Mariam. Bukan permintaan tetapi arahan. Sekilas dia memandang Mariam yang sedang mencuci pinggan mangkuk. 'Ish, mak ni! Orang bukan tak nak bawa menantu kesayangan mak tu balik rumah tetapi dugaan buat oranglah, mak! Huhu.... Biarlah dia berpuasa di asrama,' getus hati Azfar. Seraut wajah bulat menari-nari di ruang matanya. Kalau diikutkan hati, setiap hari dia mahu iftar dan bersahur bersama-sama dengan gadis itu. Namun ada sesuatu yang menghalangnya. "Termenung panjang nampak,". Azfar menoleh ke belakang. Suhaila tersengih lebar. "Kenapa?". "Kenapa apa?...