Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Beza (1)

PROLOG Bulan purnama penuh menghiasi dada langit. Cahaya yang dihamparkan ke seluruh pelosok langit malam menjadikan kawasan sekeliling cerah. Bayangan pokok-pokok di sekeliling membentuk pelbagai halusinasi. Bagi manusia pengecut, suasana sebegitu cukup untuk menaikkan bulu roma. Namun tidak bagi remaja berusia 15 tahun itu. Dia sedang duduk di beranda rumah, sambil menikmati suasana malam. Sunyi dan tenang. Kedua-dua orang tuanya sudah lena diulit mimpi. "Cantiknya bulan malam ni!" bisiknya. 'Kau buat apa tengah malam di luar rumah? Bukankah malam ini malam Jumaat?'. "Saja. Ambil angin malam,". 'Masuklah!'. Dia ketawa sendiri. Lucu apabila berdialog dengan dirinya yang penakut. "Kenapa ya, manusia dan jin tak boleh jadi kawan baik, bulan? Kalau aku diberi peluang, aku nak berkawan dengan jin atau kawan ghaib. Tak salahkan? Bolehlah aku berbual dengan dia. Aku takkan guna dia untuk benda-benda jahat. Mesti seronokkan kalau ada kawan dar...