Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

ApabiLa Hati Kian Terbuka

Assalamualaikum & salam rindu. Sedar tak sedar, dah setahun lebih kaki ini melangkah di daerah IPDA ini. Sepanjang langkahan itu, 1 persatu dugaan hadir. Kasih ku digugat dengan cerita yang tiada kesudahannya. Biarlah, hati ini tetap dengan keputusan yang ku pilih. Jodoh bukan kuasa ku, bukan diketahui sesiapa, melainkan DIA YANG MAHA ESA. Perlahan-lahan, pandangan ku terhadap orang sekeliling kian berubah. Saat itu, aku sedar sesuatu. Hati aku kian terbuka untuk menerima kasih yang hadir. Kasih itu tidak membebankan andai tahu bezanya. Alhamdulillah, bersyukur kepada MU Ya Allah kerana Engkau masih memberi ku peluang merasai anugerah MU ini. Perspektif ku terhadap hubungan persahabatan juga semakin berbeza. Kalau dulu, aku boleh anggap, "Kalau aku tak kacau orang, jadi orang takkan kacau akulah!". Hahahaha... lucunya itu adalah salah! Aku tidak boleh mengharapkan orang lain akan melayan aku seperti mana aku melayan mereka. Salah satu sebabnya kita berbeza....