Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Resepi Bergedil Daging.... Siapa Mahu Cuba??

Bahan-bahan ( 30 biji ) 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat 300 gram daging cincang 2 biji telur, asingkan kuning dan putih 3/4 cawan bawang goreng secekak daun sup, dicincang 2 ulas bawang putih 2 sudu teh serbuk lada putih garam secukup rasa Cara-cara Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih tel...

Syukur Aku Diberi Peluang Pada Masa Itu.....

Tidak banyak dapat aku coretkan ketika ini. Hatiku benar-benar sayu. Yang pasti, aku bersyukur diberi kesempatan hadir dalam hidup mereka, merasai senario hidup bersama-sama mereka, mengenal erti sakit kerana mereka, memahami hakikat hidup melalui mereka. Kisahku hanya kisah yang biasa. Tiada yang istimewa sehingga boleh dibanggakan. Namun setiap insan yang hadir, untuk seketika mahupun terus bertakhta dan berada di sisiku, meninggalkan kesan dalam jiwa gadisku yang masih mentah ini. Ada tikanya mereka mengajar aku untuk matang tetapi selebihnya mereka memaksa aku menelan segala-galanya memori kehidupan. Ah, aku tidak kisah kerana kehadiran mereka menambahkan ruang penerimaan dalam hatiku yang dahulunya kosong. Semoga hubungan yang terbina tidak terlerai di persimpangan.

Selangkah Ke IPDA (sekali lagi perjalananku bermula)

Sekali lagi aku bermusafir di negeri orang. Seketika aku terkaku dan tergamam. Besarnya tempat ni! Mampukah aku terus melangkah tanpa keluarga di sisi? Dapatkah aku bertahan tanpa semangat orang yang aku sayang? Aku terus merenung dan termenung. Apakah dugaan yang bakal aku lalui di dunia baru ini?  Sedikit demi sedikit ketakutan mula hilang apabila bertemu mereka, insan yang mula menyemai kepercayaan dan kasih dalam hatiku ini. Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang  terjadi di langit dan di bumi. Engkau berikanlah hamba-Mu ini kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang dengan teman-teman seperjuanganku. Lindungilah kami dari segala kejahatan dan hasutan syaitan.  Amin....

Ketika Kasih Mula Tersemai....

Kenangan 2009 adalah antara memori yang takkan aku lupa dan aku yakin, mereka juga sama. Terlalu banyak suka duka yang kami lalui dan kongsi bersama-sama. Banggakah aku menjadi sebahagian keluarga kecil ini? Ya dan setiaphari yang berlalu mereka mengajar aku erti rindu, sayang, sakit, ketabahan dan kehidupan. Buat Puan Siti Fatimah, kami sayangkan Puan. Tidak lupa juga kepada semua guru di SMK Bachok, Kelantan kerana sentiasa mendidik kami dan bersabar dengan ragam kami yang sering kali menimbulkan kegundahan di hati kalian .